KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah serta agensi-agensi berkaitan digesa menggerakkan segera semua bentuk bantuan kepada penduduk di kampung-kampung yang yang terjejas akibat fenomena kepala air di Yan.

Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keselamatan dan bekalan makanan perlu menjadi keutamaan ketika ini.

"Saya difahamkan bahawa petugas keselamatan dan kecemasan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), telah melakukan operasi menyelamat dan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan bencana terjamin.

 
Sumber Facebook ts.muhyiddin

"Semoga tugas pasukan keselamatan ini dipermudah, manakala penduduk yang terjejas serta terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara disediakan bantuan dan perlindungan sewajarnya, dengan selamat dan teratur terutamanya ketika dalam situasi pandemik COVID-19," katanya.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Gunung Jerai: 2 maut, 1 dikhuatiri hilang

Muhyiddin berkata demikian dalam catatan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya, malam ini.

Terdahulu, beberapa kawasan kampung dan taman perumahan di sekitar Gunung Jerai, dilanda banjir dipercayai akibat kejadian fenomena kepala air kira-kira pukul 4 petang tadi dan telah meragut dua nyawa setakat ini.