KUCHING: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Parti Sarawak (GPS) diingatkan memberi ruang serta masa kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memilih senarai ahli kabinet negeri.
Jelas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, semua pemimpin juga tidak seharusnya melobi untuk dicalonkan dalam barisan kabinet kerana pemilihan itu adalah kuasa prerogatif Abang Johari.
Karim juga menjelaskan, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya tidak dicalonkan menerajui mana-mana kementerian dalam kabinet negeri kali ini.
“Walaupun saya tidak ditempatkan dimana-mana Kementerian sekalipun dan hanya menjadi Ahli biasa Dewan Undangan Negeri tidak ada masalah pada saya.
“Kita harus beri masa pada Yang Amat Berhomat Ketua Menteri untuk membuat sebarang keputusan dan kalau boleh elakkan dari melobi,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai senarai kabinet negeri selepas Majlis Malam Penghargaan Kementerian Belia dan Sukan 2021 di Hotel Pullman pada Selasa malam.
Abang Johari dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pada 18 Disember 2021 selepas GPS menang besar 76 kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 yang lalu.
Setelah berjaya mengekalkan kuasa untuk mentadbir semula Kerajaan Negeri Sarawak Abang Johari akan mengumumkan barisan calon kabinet dalam masa terdekat.
Barisan kabinet negeri Sarawak ini mendapat perhatian sama ada Abang Johari akan melantik wakil rakyat Cina menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri.
Ini kerana parti komponen dalam GPS iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) melakukan yang terbaik termasuk menang 13 kerusi daripada 18 yang dipertandingkan sekali gus merampas semula lima kerusi komuniti Cina dari DAP.
Penggal lalu, Abdul Karim menyandang jawatan sebagai Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Sarawak.
Azizah Alwi
Wed Dec 29 2021
Beliau tidak mempunyai masalah sekiranya tidak dicalonkan menerajui mana-mana kementerian dalam kabinet negeri kali ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bentuk Kabinet: Beri masa kepada Abang Jo, elak lobi jawatan - Abdul Karim
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Parti Sarawak (GPS) diingatkan memberi ruang serta masa kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memilih senarai ahli kabinet negeri.