Impak penuh pembentukan blok pembangkang baharu oleh Pas hanya boleh dinilai selepas pengumuman rasminya 16 Mac nanti.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata selagi bentuk sebenar blok pembangkang oleh Pas tidak jelas, tiada penilaian tepat dapat diberikan.
"Walau bagaimanapun bagi Pakatan Harapan, kami tetap komited dalam usaha pakatan ini untuk menjadi kerajaan.
"Namun, sejauh mana bentuk kerjasama dengan blok baharu tersebut hanya boleh dibincangkan selepas bentuk blok itu jelas," kata Saifuddin.
Beliau ditemui selepas menghadiri acara Akademi Politik Siri Ke-6 kelolaan Institut Darul Ehsan bersama Mahasiswa Keadilan Malaysia di Hotel Carlton di Shah Alam pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Saifuddin tidak menolak kemungkinan kerjasama dengan blok baharu.
"Sepertimana kita lihat di Selangor, masih ada satu bentuk kerjasama antara Pakatan Harapan dengan Pas.
"Jadi, bentuk kerjasama menjelang Pilihanraya Umum ke-14 hanya boleh diketahui selepas proses rundingan dibuat," jelas Saifuddin.
Hafiz Marzukhi
Sat Mar 12 2016
SAIFUDDIN: sejauh mana bentuk kerjasama dengan blok baharu tersebut hanya boleh dibincangkan selepas bentuk blok itu jelas. -Gambar fail
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Bentuk sebenar blok pembangkang Pas tidak jelas, impak sukar dinilai - Saifuddin
Datuk Saifuddin Abdullah berkata selagi bentuk sebenar blok pembangkang oleh Pas tidak jelas, tiada penilaian tepat dapat diberikan.