KULIM: Akibat tidak berpuas hati dengan sindiran dan teguran, seorang lelaki bertindak membakar pondok pekerja dan sebuah lori di Kandang Lembu dekat Junjong, Kulim pada Sabtu.
Kejadian jam 7.30 pagi itu dikatakan berpunca selepas suspek tidak berpuas hati dengan rakan sekerja yang mengutuk tentang peribadi dan menuduh suspek mencuri duit tabung gereja untuk membeli dadah.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam, berkata suspek naik angin lalu bertindak membakar pondok kediaman pekerja dan lori.
Jelas Sazlee, kejadian disedari pengurus kandang dan meminta bantuan dua pekerja lain menangkap suspek.
“Suspek berusia 33 tahun itu kemudian dibawa ke balai dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
Menurut Sazlee, hasil soal siasat suspek mengaku membakar pondok dan lori terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Oct 16 2021
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam, berkata suspek naik angin lalu bertindak membakar pondok kediaman pekerja dan lori. - Foto ihsan PDRM
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Berang dituduh mencuri, lelaki bertindak bakar pondok pekerja
Akibat tidak berpuas hati dengan sindiran dan teguran, seorang lelaki bertindak membakar pondok pekerja dan sebuah lori di Kandang Lembu dekat Junjong, Kulim pada Sabtu.