LANGKAWI: Berbasikal dalam banjir merupakan antara cabaran besar yang terpaksa dihadapi peserta Ironman Malaysia tahun ini namun ia langsung tidak mematahkan semangat mereka untuk menghabiskan perlumbaan.
Ini berikutan apabila beberapa laluan yang digunakan untuk disiplin berbasikal sejauh 180 kilometer (km) dinaiki air setinggi kira-kira paras betis akibat hujan lebat sejak 12 tengah hari semalam.
Andy Wibowo, 42, dari Indonesia, yang muncul peserta terpantas keseluruhan Ironman Malaysia bagi kategori lelaki dengan catatan masa sembilan jam 37 minit 58 saat (9:37:58) berkata hujan lebat yang menyebabkan paras air naik menyukarkan dirinya untuk mengayuh basikal dengan lebih pantas.
"Saya dapat menjimatkan masa semasa melakukan disiplin pertama iaitu berenang sejauh 3.8 km kerana itu adalah kekuatan saya manakala disiplin berbasikal adalah kekurangan saya... ia menjadi lebih sukar apabila terpaksa mengayuh dalam keadaan banjir.
"Tetapi saya mendapat momentum yang baik semula semasa melakukan disiplin terakhir iaitu larian sejauh 42.2 km dan itu membantu saya untuk menjadi peserta pertama menghabiskan cabaran Ironman Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menamatkan Ironman Malaysia di sini semalam.
Andy, yang kali pertama menyertai Ironman Malaysia di Langkawi, berkata kemesraan dan sokongan rakan di Malaysia dan makanan kegemarannya nasi lemak sudah pasti menjadi pembakar semangat untuk beliau kembali ke negara ini untuk menyertai Ironman Malaysia 2023.
April Rice, 41, dari Kanada, yang merupakan peserta terpantas keseluruhan Ironman Malaysia bagi kategori wanita dengan catatan masa 10 jam 19 minit 18 saat (10:19:18) pula berkata meskipun banjir, cuaca hujan itu sedikit sebanyak membantu diri beliau menghabiskan cabaran dengan baik.
"Saya berasal dari Kanada tetapi saya menetap di Singapura, jadi saya sudah terbiasa dengan cuaca seperti ini namun saya berdepan dengan sedikit kesulitan semasa disiplin berbasikal kerana tujuh seksyen banjir dan air naik sehingga paras lutut saya.
"Saya lihat peserta lain berhenti dan berjalan namun jika saya mengikut jejak mereka, saya tahu saya akan kejang di bahagian kaki, jadi saya hanya berdoa," katanya.
Peserta terpantas Malaysia bagi kategori lelaki, Shahrom Abdullah, 43, yang menamatkan cabaran dengan catatan masa 10 jam 40 minit 55 saat (10:40:55) berkata beliau terpaksa turun dan mengangkat basikal serta berjalan sejauh kira-kira 100 meter.
"Keadaan arus air deras jadi saya terpaksa angkat basikal... kalau kayuh juga, ia boleh menyebabkan beberapa bahagian pada basikal mengalami kerosakan. Walaupun berdepan dengan keadaan itu, ia akan menjadi kenangan terindah kepada saya serta peserta yang lain" katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 05 2022
Peserta Ironman Malaysia terpaksa mengharungi cabaran getir ketika disiplin berbasikal apabila banyak laluan dinaiki air berikutan hujan lebat. --fotoBERNAMA
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
PM bincang dengan Kementerian Luar perkembangan semasa di Iran petang ini
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Berbasikal dalam banjir cabaran peserta Ironman Malaysia
Beberapa laluan yang digunakan untuk disiplin berbasikal sejauh 180km dinaiki air setinggi kira-kira paras betis.
Croneborg, Riesler juarai Ironman Malaysia Langkawi 2016
Ironman Malaysia Langkawi 2016 menjadi pentas terbaik menunaikan impian bagi peserta Sweden, Frederik Croneborg dan Diana Riesler dari Jerman apabila dinobatkan juara kejohanan edisi ke-14 itu.