Kementerian Kesihatan menggesa pengguna kosmetik agar lebih berhati-hati sebelum membeli kosmetik terutama dalam talian.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata setiap item yang mendapat pengesahan kementerian mempunyai pelekat hologram yang boleh dikesan oleh pengimbas pada pembungkusnya.
Setiap kedai mempunyai mesin pengimbas dan pembeli boleh memeriksa produk itu. Jika hologram tidak kelihatan, ia bermakna item itu tidak mendapat kelulusan kementerian.
"Saya harap orang ramai berhati-hati kerana penjualan kosmetik palsu melalui internet semakin meningkat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Baru-baru ini, sekeping gambar wajah wanita yang mukanya mempunyai kesan terbakar selepas menggunakan kosmetik yang dibeli dalam talian, viral di media sosial, mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan produk kosmetik yang dibeli dalam talian.
Susulan insiden itu, Kementerian Kesihatan melarang penjualan 10 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik iaitu Melan: Off Intensive Mask, Melan: Off Cream, Afrina Night Cream, Afrina Daily Cream, Krim Herba Kemboja, Day Pinky Cream, Night Glow Cream, Debella Nadien Glow Night Cream, Mekar Semilu Scrub Muka Mutiara BeautyvCollection dan Mekar Semilu Cream Mekarsutra.
Semua produk kosmetik yang diharamkan itu telah diberi notis untuk ditarik balik dari pasaran dalam tempoh 72 jam dan kes itu disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
"Berhati-hati, pastikan produk itu dijamin selamat oleh Kementerian Kesihatan sebelum membelinya," kata Dr Hilmi.
Sementara itu, beliau menafikan dakwaan bahawa hospital kekurangan reagen berikutan bajet yang berkurangan dan menasihatkan orang ramai agar tidak panik berhubung dakwaan itu yang disebarkan di media sosial.
"Ia adalah tidak benar. Kementerian mempunyai peruntukan yang mencukupi dan jika hospital memerlukan lebih reagen, pihak atasan boleh mengemukakan permohonan. Kami akan meluluskannya. Perkara itu tidak perlu dibimbangkan," katanya.
Bagi penyebaran virus Zika, Dr Hilmi berkata ia masih lagi menjadi keutamaan negara, tetapi buat masa ini tiada kes baharu direkodkan.
"Kami sentiasa memantau situasi itu dan pemeriksaan berkala masih dijalankan di semua pintu masuk," katanya.
Terdahulu, Dr Hilmi menyumbangkan RM20,000 kepada MIC Bahagian Balik Pulau sebagai bantuan untuk diserahkan kepada 19 keluarga bagi persediaan menyambut Deepavali.
Bernama
Sun Oct 23 2016
DR HILMI: Saya harap orang ramai berhati-hati kerana penjualan kosmetik palsu melalui internet semakin meningkat. -Gambar fail
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Tiada hospital baharu di Balik Pulau, kata Menteri Kesihatan
Dr Dzulkefly berkata pembinaan hospital baharu Balik Pulau itu sebenarnya adalah janji sahaja daripada seorang ahli politik kerajaan terdahulu dan tidak pernah tersenarai dalam RMK11.
BN yakin pertahan Parlimen Balik Pulau
Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan faktor pertambahan pengundi dan parti komponen BN yang bekerja keras serta agresif untuk mendapatkan sokongan lebih ramai pengundi.
Yakin raih tambahan sokongan pengundi Cina - Dr Hilmi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yakin akan meraih tambahan undi daripada pengundi Cina pada PRU14 nanti.
Tiada cadangan jadikan ketum ubat tahan sakit, rawat penagihan dadah - Dr Hilmi
Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk menjadikan ketum sebagai ubat penahan sakit dan rawatan penagihan dadah.
Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia
Profesion kejururawatan negara ini diiktiraf di peringkat dunia apabila keupayaan dan kemahiran jururawat Malaysia diterima baik.
Nelayan lega kerajaan persekutuan tegas tangani isu tambak laut
Ketegasan kerajaan persekutuan dalam menangani isu tambak laut di negeri ini telah memberikan kelegaan besar kepada penduduk di sini.
Kementerian Kesihatan tambah 500 ambulans tahun depan - Dr Hilmi
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata daripada jumlah itu, 120 ambulans akan diagihkan ke hospital dan klinik di Sabah dan Sarawak.
Wad Diraja HSA belum digunakan kerana belum ada keperluan- Hilmi
Hospital sementara Angkatan Tentera Malaysia telah ditempatkan di perkarangan HSA yang menumpukan kepada kes rawatan kecemasan dan mula beroperasi Isnin lalu.
Perpindahan pesakit di bangunan induk Hospital Sultanah Aminah selesai - Dr Hilmi
Bagi memastikan operasi hospital terbabit tidak terjejas, pakar-pakar dan pasukan dari HSA akan dibawa untuk membantu merawat pesakit yang dipindahkan.
'Tiada cadangan gantung syarikat konsesi HSA' - Dr Hilmi
Kerajaan tidak bercadang menggantung perkhidmatan syarikat konsesi perkhidmatan sokongan hospital, Medivest Sdn Bhd sepanjang tempoh siasatan terhadap kebakaran yang berlaku di HSA.