Pihak pembangkang diminta berhenti mempertikaikan kewibawaan siasatan Pasukan Petugas Khas terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkara penting yang harus ditumpukan ketika ini adalah memberi kepercayaan kepada pasukan tersebut agar kebenaran dapat didedahkan kepada rakyat umum.
"Yang paling penting, kita berikan kepada mereka untuk tentukan (siasatan), kerana kita sedar kita harus berpegang kepada konsep 'the law must prevail and nobody is above the law, (undang-undang mesti ditegakkan dan tiada siapa mengatasi undang-undang," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pengisytiharan agihan keuntungan interim pertama peserta FELCRA Berhad tahun ini, di sini lewat hari ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu diminta mengulas tindakan pembangkang yang mempersoalkan kredibiliti anggota badan penyiasat itu menerusi laporan sebuah portal berita.
Menurut portal itu, pembangkang menyifatkan anggota pasukan petugas itu sebagai hanya 'pegawai bawahan' kepada 'ketua' mereka yang kini sedang disiasat.
Pasukan Petugas Khas itu yang diluluskan Parlimen, diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan dibantu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim; dan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Pada majlis itu, seramai 65,111 peserta Felcra Berhad (Felcra) seluruh negara menerima 'duit raya' sebanyak RM67.23 juta apabila agensi tersebut bersetuju mengisytiharkan dividen interim pertamanya tahun ini, bersesuaian dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Mohd Shafie berkata, dividen itu sebahagian hasil keuntungan bersih ladang kelapa sawit dan getah Felcra berjumlah RM85.26 juta, dari Januari hingga Mei.
Beliau berkata, dividen akan dibayar selewat-lewatnya Rabu ini bagi membolehkan peserta membuat persiapan Aidilfitri.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd. Latif Bandi; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Ramlee Abu Bakar.
Bernama
Sat Jul 11 2015
SHAFIE: Yang paling penting, kita berikan kepada mereka untuk tentukan (siasatan). -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.