KUALA LUMPUR:Dewan Rakyat perlu memberi laluan kepada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri untuk dibentang dan dibahaskan jika Belanjawan 2021 tidak berjaya diluluskan.
Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfiq Yaakub berkata, ia merupakan antara langkah terbaik perlu dilakukan bagi memastikan sebuah kerajaan yang absah atau sah.
"Selain yang boleh dilakukan selepas ini ialah perlu membawa satu undi percaya atau tidak di dewan rakyat bagi memastikan keabsahan kerajaan sedia ada. Ini penting kerana kalau belanjawan itu ditolak, ini menggambarkan kerajaan sedia ada bergelut dengan keabsahan.
"Maka langkah terbaik ialah lakukan formaliti mengemukakan usul undi tidak percaya dan pihak yang mengendalikan sidang dewan itu perlu dengan terbuka menerima usul tidak percaya untuk dibentang dan dibahas di dewan rakyat bagi pastikan wujudnya keabsahan kerajaan sedang memerintah," katanya kepada Astro AWANI melalui Skype di sini, pada Khamis.
Ujar beliau, apabila sebuah kerajaan itu tidak berjaya meluluskan belanjawan, maka secara konvensyen atau moralnya, kerajaan perlu berundur.
Namun, sebuah kerajaan itu tidak terikat dengan konvensyen berkenaan.
"Tindakan seumpama ini pernah diambil sebelum ini dan ia tidak mengikat. Ia bukan sebuah undang-undang yang mengikat, maknanya urusan pentadbiran negara boleh dilaksanakan," ujarnya lagi.
Beliau pada masa sama, Mohammad Tawfiq berpendapat bahawa kemungkinan ahli parlimen kerajaan mempunyai strategi politik tersendiri kali ini.
"Yang saya musykilnya, ahli parlimen dari kerajaan itu sendiri bersikap menolak Belanjawan 2021. Kita perlu lihat, kenapa mereka menolak. Mungkin ada sebab tertentu.
"Pada peringkat awal, mereka memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, tetapi ahli parlimen kemudian mengubah fikiran. Mereka mungkin bukan menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, mereka menolak orang di sekeliling Tan Sri Muhyiddin.
"Mereka berasa muak apabila UMNO diketepikan dan meletakkan mereka yang keluar parti pembangkang serta dijadikan orang kanan Muhyiddin," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Thu Nov 26 2020
Dewan Rakyat perlu memberi laluan kepada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri untuk dibentangkan dan dibahaskan jika Belanjawan 2021 tidak berjaya diluluskan, Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, UM. - Gambar fail
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Jurugambar Anadolu hilang 47 ahli keluarga akibat serangan udara Israel
Montaser Al-Sawwaf berkongsi pengalaman pahitnya bagaimana beliau cedera dalam serangan udara Israel ke atas kawasan perumahan Al-Tuffah.
PRN: Pengundi masih perlukan 'sentuhan' bersemuka parti politik semasa kempen - Penganalisis
Kalangan pemerhati politik berpandangan ramai pengundi terutamanya daripada kaum Melayu masih memerlukan 'sentuhan' ataupun pendekatan kempen secara bersemuka ketika pilihan raya.
PM ucap tahniah kepada Sivamurugan atas syarahan sempena pelantikan Profesor USM
Semoga saudara dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang serta menyumbang idea dan kepakaran kepada negara, kata Anwar di Twitter.
PAU2022: Medan terbaik kupas kegagalan Pemuda, Puteri UMNO pikat orang muda - Penganalisis
PAU 2022 menjadi medan terbaik untuk mengupas kegagalan UMNO memikat pengundi muda yang semakin menjauhkan diri daripada parti berkenaan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
PRU15: Penganalisis jangka lebih banyak gesaan minta Zahid Hamidi letak jawatan
Lebih banyak lagi gesaan dijangka akan dibuat dalam masa terdekat untuk meminta Ahmad Zahid melepaskan jawatan susulan prestasi buruk BN dalam PRU15.
Wujud Parlimen berpenggal tetap, hapus 'teka-teki' tarikh PRU - Penganalisis
Pembubaran Parlimen di masa akan datang dicadang hanya dilakukan apabila penggal tamat iaitu selepas lima tahun, supaya Pilihan Raya Umum (PRU) mempunyai tarikh tetap.
Ini tiga punca utama kenapa rakyat tidak minat untuk mengundi
Tiga pilihan raya negeri yang diadakan sebelum ini jelas menunjukkan penurunan minat rakyat untuk mengundi bagi menentukan masa depan politik negeri.
Tujuh tawaran transformasi mampu beri impak positif kepada negara - Penganalisis politik
Tawaran itu bukan sahaja memberi faedah kepada kerajaan tetapi juga pihak pembangkang yang berminat melakukan transformasi Parlimen.
Lantik barisan Kabinet yang tepat untuk tugas yang tepat - Penganalisis
Barisan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dianggotai oleh mereka yang cekap yang mengenali portfolio masing-masing.
Fikirkan keselamatan rakyat sebelum mengadakan pilihan raya - Penganalisis politik
Serah semula mandat kepada rakyat melalui pilihan raya adalah antara jalan terbaik dalam menyelesaikan situasi politik negara pada ketika ini.