ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 31 Oktober 2020. 

1) Gempa di Turki, Greece ragut 26 nyawa setakat ini

Pasukan penyelamat berterusan melakukan kerja menyelamat dalam runtuhan bangunan disebabkan gempa yang melanda pantai Aegean di Turki dan utara Pulau Samos, Greece yang setakat ini menyebabkan 26 orang terkorban dan lebih 800 yang lain cedera.

2) Taufan terkuat tahun 2020 sudah mendekat, Filipina mula pindahkan penduduk

Pihak berkuasa Filipina pada Sabtu mengarahkan proses pemindahan ribuan penduduk di selatan Luzon menjelang kedatangan ribut taufan Kategori 5, yang diramal sebagai taufan terkuat di dunia pada tahun ini.

3) 'Donald Trump' masuk tong sampah sebelum pilihan raya AS bermula

Muzium lilin Madame Tussauds di Berlin, Jerman mempunyai cara tersendiri untuk menarik perhatian umum sekali gus menyampaikan mesej khusus terhadap Donald Trump.

4) Pemandu tidak waras rempuh pintu Masjidil Haram

Satu rakaman dramatik memaparkan sebuah kereta yang dipandu laju merempuh pintu masuk Masjidil Haram, Mekah tular di media sosial hari ini.

5) Ini 'rahsia' pilihan raya New Zealand berlangsung tanpa lonjakan kes COVID-19

Teknologi merupakan antara faktor utama pilihan raya New Zealand berlangsung tanpa mengakibatkan gelombang baharu COVID-19 di negara itu.

6) Festival beli-belah 'Singles Day' diadakan lebih awal tahun ini

Langkah itu diharap dapat membantu melonjakkan jualannya ketika China sedang mendorong pemulihan ekonomi akibat kesan COVID-19, lapor Reuters.

7) PM Greece tawar sokongan, bantuan susulan gempa - Erdogan

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis menawarkan sokongan dan bantuan susulan bencana gempa yang berlaku.

8) COVID-19: Lebih 45.3 juta kes direkod di seluruh dunia

Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini merekodkan angka 45.37 juta kes. Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

9) Pelakon James Bond Sean Connery meninggal dunia

Pelakon terkenal dalam siri filemi terkemuka James Bond, Sir Sean Connery meninggal dunia hari ini pada usia 90 tahun.

10) COVID-19: Korban global cecah 1.18 juta kes

Angka kematian akibat COVID-19 terus meningkat. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global mencecah 1.18 juta kes.