ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 28 November 2020. 

1) Penyelidik China dakwa COVID-19 berasal dari India 

Sekumpulan penyelidik dari China mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh bahawa virus COVID-19 bukan berasal dari China. 

2) 'Sangat spekulatif' untuk katakan virus COVID-19 tidak muncul di China - WHO 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, adalah 'sangat spekulatif' bagi agensi itu menyatakan bahawa koronavirus tidak muncul di China, iaitu lokasi kali pertama ia dikesan di pasar jualan haiwan eksotik di Wuhan, pada Disember lalu. 

3) COVID-19: Kerajaan Denmark didesak gali semula jutaan bangkai mink ditanam tepi tasik 

Pihak pembangkang Denmark menggesa supaya kerajaan menggali keluar dan membakar jutaan bangkai mink yang telah ditanam sebelum ini. 

4) COVID-19: Sekitar 60-70 peratus populasi dunia perlu divaksin - WHO 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekitar 60 ke 70 peratus populasi dunia perlu divaksin bagi mengurangkan kadar penularan COVID-19. 

5) COVID-19: Jumlah korban meningkat kepada lebih 1.44 juta di seluruh dunia 

Angka kematian di seluruh dunia mengikut data daripada Johns Hopkins University kini melepasi 1.44 juta kes. 

6) Tujuh maut dalam serangan kedai aiskrim di Mogadishu 

Serangan pengebom bunuh diri di sebuah kedai aiskrim di ibu kota Somalia telah meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa. 

7) Pendaki Korea Selatan ubah sampah jadi seni dengan mesej alam sekitar 

Apabila Kim Kang-eun mendapati lereng-lereng Gunung Jiri di taman negara terbesar Korea Selatan dipenuhi sampah-sarap sewaktu kunjungannya pada tahun 2018, dia mengambil keputusan untuk menyebarkan mesej tentang penjagaan alam sekitar.

8) Dari seorang buruh ladang, gadis ini kini ditabalkan Miss World Vietnam 

Jika sebelum ini dia banyak menghabiskan masa membantu kedua orang tuanya di kandang lembu, seorang gadis kini perlu meninggalkan seketika kerja itu kerana dia bakal mewakili negaranya dalam pertandingan Miss World tidak lama lagi.

9) "Saya bangga benarkan gol itu" - Pengadil dalam insiden 'Hand of God'

Pengadil perlawanan tersebut, Ali Bin Nasser dari Tunisia, sekarang berusia 76 tahun berkata, dia ‘berbangga dan berbesar hati’ membantu Maradona menjaringkan gol terhebat abad itu.

10) COVID-19: Wanita ingkar kuarantin wajib antara lima kes baharu Thailand

Wanita warga Thailand yang baru pulang dari Myanmar dan tidak menjalani kuarantin wajib adalah antara lima kes baharu positif COVID-19 di Thailand yang dilaporkan hari ini.