ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 14 April 2021.

1. Penduduk Singapura boleh pilih vaksin COVID-19

Penduduk di Singapura dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 untuk diterima serta pusat vaksinasi menerusi sistem tempahan janji temu.

2. 136 tahun untuk hapuskan jurang jantina global - WEF

Jurang jantina global dijangka tidak dapat dihapuskan buat 100 tahun lagi, berdasarkan trend pada tahun 2020.

3. Syarikat Kanada diingatkan hati-hati dalam urusan perdagangan di Myanmar

Kerajaan Kanada pada Selasa mengeluarkan amaran kepada syarikat di negara ini supaya harus menghormati sekatan, kawalan eksport dan memastikan "standard hak asasi manusia yang tinggi" ketika berurusan dengan syarikat Myanmar.

4. Tiga asteroid gergasi lintas ruang angkasa bumi minggu hadapan

Tiga asteroid gergasi dijangka akan melalui ruang angkasa Bumi minggu hadapan, menurut sistem pengesan asteroid NASA.

5. Ratu Elizabeth II jalankan tugas pertama sejak kemangkatan Putera Philip

Ratu Elizabeth II telah memulakan tugas diraja pertama selepas kemangkatan Duke of Edinburgh pada Jumaat.

6. AS tangguh penggunaan vaksin J&J susulan kes pembekuan darah

Amerika Syarikat sarankan supaya penggunaan vaksin dos tunggal keluaran Johnson and Johnson ditangguhkan.

7. Keganasan Polis | 'Protes Daunte Wright' bertukar ganas di Amerika Syarikat

Lagi protes menentang keganasan polis terhadap kaum minoriti di Amerika Syarikat, apabila ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Minnesota bagi memperingati kematian seorang lelaki kulit hitam, Daunte Wright di tangan polis pada Ahad lepas.

8. Universiti Islam Madinah tawar biasiswa tanpa had kepada pelajar Malaysia

Universiti Islam Madinah menawarkan jumlah biasiswa tanpa had kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam.

9. Tehran tingkatkan tahap pengayaan uranium

Iran akan memulakan untuk meningkatkan proses pengayaan uraniumnya ke tahap 60 peratus.

10. Pertahanan | Joe Biden umum tarikh baharu pengunduran tentera

Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan. Pengumuman berkaitan perkara itu dijadual dibuat Presiden Joe Biden dalam masa terdekat.