ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis 22 April 2021.

1. SAR kapal selam Nanggala 402 makin mendesak, oksigen cuma bertahan 72 jam

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) krew kapal selam KRI Nanggala 402 yang dipercayai hilang dan kandas di perairan Bali, terus dipergiat lantaran bekalan oksigen kapal itu dijangka kehabisan pada Sabtu.

2. Kapal Selam Hilang | Australia bantu Indonesia sebaik mungkin

Australia akan membantu pencarian kapal selam Indonesia yang dilaporkan hilang pada Rabu. Menteri Luar Australia, Marise Payne telah menghubungi Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto dan berjanji untuk membantu dengan sebaik mungkin.

3. COVID-19: Singapura siasat jangkitan semula di asrama pekerja

Kementerian Tenaga Kerja Singapura memaklumkan, pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan jangkitan semula COVID-19 di kalangan penduduk di asrama pekerja migran, setelah menemui kes positif di lokaliti tersebut.

4. TLDM bantu pencarian kapal selam TNI Indonesia

Malaysia akan turut membantu Indonesia dalam pencarian kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala 402, yang terputus hubungan dan hilang di perairan utara Pulau Bali.

5. Warga emas temui parang Rambo dalam sofa

Shirley McNally, 82, membeli sofa tersebut melalui sebuah iklan di Facebook pada bulan Mac tahun lepas, menurut laporan portal berita Southend Echo.

6. Bomba keluarkan ular sawa yang 'mengganggu' penduduk

Ular sepanjang tiga meter itu dilaporkan telah memasuki beberapa rumah penduduk melalui saluran paip di bilik air pada 26 Mac lepas, di Ciputar Raya, Indonesia.

7. Akses vaksin: Benarkan perjalanan luar negara bukan penyelesaian - PAHO

Membenarkan individu yang mempunyai sumber untuk melakukan perjalanan ke luar negara bagi mendapatkan vaksin bukan penyelesaian terbaik. Pandangan itu dilontarkan Pengarah Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO), Dr Carissa F. Etienne.

8. Konflik Myanmar: AS kenakan sekatan terhadap syarikat milik kerajaan

Amerika Syarikat pada Rabu kenakan sekatan baharu terhadap Myanmar dengan mensasarkan dua syarikat milik negara itu, Myanma Timber Enterprise dan Myanmar Pearl Enterprise.

9. EU pantau kecerdasan teknologi pintar, imbangi privasi

Kesatuan Eropah (EU) umum cadangan untuk memantau penggunaan teknologi kecerdasan buatan. Ini untuk memastikan kawalan ke atas penggunaan berisiko tinggi yang mampu mengancam keselamatan orang awam dan hak yang terlibat dalam pengecaman muka.

10. Vaksin COVID-19: EU sedia gunakan semula vaksin J&J

Negara di blok Kesatuan Eropah (EU) bersiap sedia untuk meneruskan penggunaan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson dan mempercepatkan program vaksinasi. Ia selepas kawal selia ubat-ubatan negara berkenaan menyokong penggunaan vaksin itu.