ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 18 Oktober 2021.

1. Bekas Setiausaha Negara A.S Colin Powell meninggal dunia akibat COVID-19

Bekas Setiausaha Amerika Syarikat, Colin Powel dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi COVD-19, menurut ahli keluarganya.

2. 1,040 calon bakal bertanding dalam pilihan raya umum Jepun

Kira-kira 1,040 calon bakal bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 31 Okt untuk merebut 465 kerusi di Dewan Perwakilan Jepun, dengan kempen bermula pada Selasa.

3. AUKUS: Malaysia sedia kukuh kerjasama dengan Indonesia, negara serantau

Malaysia bersedia untuk terus mengukuhkan kerjasama lebih aktif dengan Indonesia dan negara-negara jiran serantau susulan penubuhan pakatan keselamatan strategik baharu melibatkan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, yang juga dikenali dengan singkatan AUKUS.

4. Malaysia hantar Sukhoi, KD Lekiu ke Singapura

Dua pesawat tempur Sukhoi SU-30MKMs dan KD Lekiu milik Malaysia turut serta dalam acara penerbangan lintas hormat dan pameran kapal tentera laut yang di adakan di Singapura hari ini sempena sambutan ulang tahun ke-50 Anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

5. Mansuh mandat vaksinasi: Fauci kesal keputusan Gabenor Texas

Pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat (AS) Dr Anthony Fauci kesal dengan keputusan Gabenor Texas, Greg Abbott yang memansuhkan mandat vaksinasi di negeri itu.

6. COVID-19: Kelonggaran sekatan di Melbourne mulai 22 Okt

Melbourne, di Victoria, Australia, yang merupakan bandar yang melaksanakan perintah sekatan paling lama di dunia akibat pandemik COVID-19, akan menarik semula perintah tersebut Jumaat (22 Okt) ini.

7. Bill Clinton dibenarkan keluar hospital

Bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dibenarkan keluar hospital pada Ahad selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di selatan California.

8. OIC kutuk serangan keganasan di masjid Afghanistan

Sekretariat Umum Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam sekeras-kerasnya pengeboman bunuh diri yang menyasarkan sebuah masjid di bandar Kandahar, selatan Afghanistan, Jumaat lepas yang mengorbankan puluhan jemaah.

9. 20 terbunuh akibat banjir, tanah runtuh di India

Lebih 20 individu terkorban selepas banjir buruk melanda selatan India susulan hujan lebat pada Ahad.

10. Saya tidak akan bercakap untuk mereka seperti Aryan Khan yang ayahnya 'berkuasa' - Asaduddin Owaisi

Nama anak sulung Shah Rukh Khan, Aryan Khan banyak disiarkan media antarabangsa selepas anak pelakon terkenal Bollywood itu kini dalam tahanan selepas ditangkap Narcotics Control Bureau (NCB) pada 3 Oktober lepas.