ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 19 Oktober 2021.

1. Pelancaran peluru berpandu Korea Utara ancaman serius kepada komuniti antarabangsa

Pelancaran peluru berpandu yang berterusan oleh Korea Utara menimbulkan ancaman serius kepada komuniti antarabangsa termasuk Jepun, kata Menteri Pertahanan Jepun Nobuo Kishi.

2. Negara Islam harus bantu Afghanistan berdepan ISIS-K - Mapim

Kami mengutuk serangan bunuh diri di sebuah masjid Syiah di Kunduz dan Kandahar, Afghanistan baru-baru ini.

3. Genggam ijazah pada usia 85 tahun, wanita Palestin ini buktikan ilmu merentas masa dan usia

Ilmu itu seluas lautan, tidak pernah lari daripada mereka yang berusaha menggapainya.

4. Anak Bill Gates kahwin dengan pemuda Muslim

Anak perempuan sulung pengasas Microsoft, Bill Gates berkahwin dengan seorang pemuda Muslim pada Jumaat lalu di New York.

5. Vaksin COVID-19: EU edar 1 bilion dos secara global

Dalam usaha bersama meningkatkan kadar imunisasi COVID-19, Kesatuan Rropah berjaya mengedarkan lebih 1 bilion dos vaksin ke seluruh dunia.

6. Vaksin COVID-19: WHO belum beri kelulusan global terhadap Covaxin

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa data yang lebih lengkap lagi terperinci daripada syarikat Biotech Bharat di India untuk meniliti permohonan syarikat tersebut bagi kelulusan penggunaan kecemasan bagi vaksin COVID-19 buatannya.

7. Kanye West tukar nama secara rasmi kepada Ye

Mahkamah Los Angeles meluluskan permohonan penyanyi rap Kanye West untuk menukar namanya daripada Kanye Omari West kepada Ye sahaja.

8. Budak 8 tahun maut disambar buaya ketika mandi bersama rakan

Seekor buaya besar dilapor menyerang dan memakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun di Indonesia ketika mangsa mandi bersama rakan-rakan di sebuah sungai.

9. Disangka berlaku 'kebocoran gas' di pasar raya, rupanya bau durian

Pasukan bomba dikerah di ibu kota Australia, Canberra selepas menerima laporan kebocoran gas di bandar berkenaan.

10. Muzium patung lilin Madame Tussauds dibuka di Dubai

Madame Tussauds yang terkenal di London kini membuka cawangan pertama di negara Arab sempena perasmian muzium patung lilin itu di Dubai.