Januari 2016, H&M meraikan tahun monyet dengan menampilkan koleksi yang segar dan meriah bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang nanti. Bersempena keluaran koleksi terbaru ini, H&M memperkenalkan wajah baru bagi koleksi ini iaitu Siwon Choi and Liu Wen.
Koleksi terbaru ini, sentuhan kontemporari dan oriental diterapkan dalam rekaan. Terdapat lebih 30 koleksi pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak direka dengan sentuhan moden serta palet rona merah yang memukau. Koleksi pakaian wanita diinspirasikan daripada gabungan gaya kontemporari dengan perincian tradisional. Penambahan sequined serta paduan rona merah menyala pada pakaian memberi sentuhan glamour. Padanan cetakan gambar monyet pada sweater satu kelaianan dalam koleksi ini.
Bagi koleksi pakaian lelaki pula, variasi rona cetakan monyet ada pada pakaian harian seperti t-shirt dan sweater. Kanak-kanak pula, tampil dengan skirt tutu dan taburan sequined merah dalam bentuk hati pada kardigan
Koleksi ini akan dijual pada 21 Januari 2016 secara eksklusif di 9 negara Asia iaitu China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.

6026_02_PR_sRGB_300ppi.jpg6026_06_PR_sRGB_300ppi.jpg6026_01_PR_sRGB_300ppi.jpg6026_08_PR_sRGB_300ppi.jpg6026_07_PR_sRGB_300ppi.jpg