PUTRAJAYA: Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa menegaskan terdapat beberapa faktor dikenal pasti menjadi punca kepada kurangnya bekalan minyak masak di pasaran terutamanya jenis peket baru-baru ini.
Menurutnya, kekurangan bekalan secara sementara itu mungkin disebabkan penyebaran berita tidak benar mengatakan subsidi minyak masak akan dihapuskan pada 1 Julai 2022.
Jelasnya, keadaan itu menyebabkan ada pihak berasa bimbang dan kemudian membeli minyak masak dengan jumlah banyak, sekali gus menyebabkan bekalan terjejas.
"Menteri telah beri jaminan untuk memastikan bekalan mencukupi. Soal bekalan ini, kita sedang membuat penelitian dengan lebih terperinci.
"Kita kata tadi, bekalan banyak tapi mungkin ada ketirisan tapi tak cukup sementara ini, berkemungkinan kerana beberapa sebab. Satu daripadanya tersebar berita-berita tidak benar, subsidi minyak dihentikan. Mulai 1 Julai, tiada lagi subsidi minyak.
"Maka mungkin ada pihak rasa bimbang, mereka beli secara lebih dan menyebabkan bekalan terjejas. Itu sedang dikaji tapi kita ada langkah tertentu tapi soal tak cukup itu, kita ada kaedah tertentu untuk kita perbaiki dalam masa terdekat," katanya.
Tambah beliau, jumlah minyak masak paket sebanyak 60,000 tan metrik yang disubsidikan kerajaan pada setiap bulan dijangka mencukupi untuk pasaran.
"Sepatutnya lebih daripada mencukupi kecuali kalau ada perkara tertentu berlaku yang perlu kita uruskan lagi," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Pertama Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini pada Khamis.
Tambah Annuar, bermula Ogos nanti, minyak masak bersubsidi hanya akan dikeluarkan dalam bentuk kampit plastik dengan isipadu satu kilogram.
"Untuk pengedaran minyak masak ini juga, kita faham ia melibatkan pengilang, pembungkus dan peruncit.
"Kita akan menyemak ketiga-tiga lapisan itu untuk kenal pasti sekiranya ada berlaku ketirisan termasuk tindakan menyeludup produk keluar dari negara.
"Tindakan yang bakal diambil akan dimaklumkan dalam perbincangan akan datang," ujarnya.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan kerajaan tidak menarik balik subsidi minyak masak peket seperti yang didakwa pihak tertentu.
Demikian jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kekeliruan yang berlaku susulan penarikan semula subsidi minyak masak botol diumumkan sebelum ini.
Jelasnya, subsidi minyak masak paket dikekalkan bagi meringankan beban dialami rakyat terutama golongan B40 susulan peningkatan harga barangan ketika ini.
Ridauddin Daud
Thu Jun 30 2022
Annuar mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pasukan khas itu yang bertujuan membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup di Bangunan Perdana Putra hari ini.- Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.