Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Faris Danial Razi
Jun 16, 2020 14:31 MYT
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 16 Jun 2020. - Astro AWANI
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 16 Jun 2020.
1) COVID-19: 11 kes baharu, 333 pulih dan tiada kematian baharu
11 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,505 kes.
2) Tiga kes terbaharu positif COVID-19 di Sarawak libatkan sebuah keluarga
Sarawak hari ini mencatatkan tiga kes positif COVID-19 terbaharu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 560 kes.
3) Terkesan dengan COVID-19, Grab berhentikan 360 kakitangan
Syarikat e-hailing berpangkalan di Singapura, Grab memaklumkan akan melepaskan seramai 360 orang Grabbers atau sekitar tidak sampai lima peratus daripada jumlah tenaga kerja syarikat itu.
4) Pas perjalanan My30 laku keras, lebih 21,000 dijual dalam sehari
Pas perjalanan tanpa had My30 yang mula dijual pada Isnin menerima sambutan hangat apabila 21,403 pas berjaya dijual pada hari pertama pelaksanaannya.
5) 883 taska di rumah kembali beroperasi selepas PKP - Rina
Sebanyak 883 taska di rumah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah kembali beroperasi selepas ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
6) Peniaga Pasar Malam Lorong TAR tangguh pembukaan semula, sifat SOP terlalu ketat
Kira-kira 500 penjaja dan peniaga Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) memilih menangguhkan dahulu pembukaan semula perniagaan kerana menyifatkan syarat pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terlalu ketat.
7) Isa Samad lepas tuduhan pecah amanah, diarah bela diri 9 tuduhan rasuah
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk membela diri terhadap sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3.09 juta berhubung pembelian hotel bernilai RM160 juta di Kuching, Sarawak, pada 2014.
8) Adik Zahid bayar dua banglo RM5.9 juta guna cek pemegang amanah Yayasan Akalbudi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa adik kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membeli dua banglo di Country Heights, Kajang bernilai RM5.9 juta menerusi cek Tetuan Lewis Co, pemegang amanah Yayasan Akalbudi.
9) Astro AWANI Jenama Berita Paling Dipercayai di Malaysia
Saluran televisyen berita 24 jam, Astro AWANI menduduki tangga pertama Jenama Berita Yang Paling Dipercayai di Malaysia berdasarkan Kajian Tahunan oleh Institut Kajian Berita Digital Reuters 2020.
10) Tangguhkan cukai digital untuk galakkan e-dagang
Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata, antara insentif yang dicadangkan adalah menangguhkan cukai digital yang pastinya akan memberi kesan keapda perniagaan dalam talian.
#Astro Awani #COVID-19 #kes positif #koronavirus #operasi #perintah kawalan pergerakan #PKP #Rasuah #SOP #Zahid Hamidi