ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 23 Julai 2020.

1) COVID-19: Kes positif kembali satu angka dengan 9 kes baharu

Kes positif COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan satu angka selepas sembilan kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini adalah 8,840 kes.

2) Malaysia mungkin berdepan peningkatan kes mendadak jika nilai R0 meningkat

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat Khamis, nilai R0 atau 'R naught' adalah 1.36 dan jika ia meningkat lebih daripada 1.6, semakin ramai yang akan dijangkiti.

3) COVID-19: Pengusaha restoran nasi kandar ditahan ingkar arahan kuarantin

Lagi kes ingkar arahan kuarantin, kali ini membabitkan seorang pengusaha restoran nasi kandar di Pekan Napoh, Jitra pada Khamis.

4) PKPD mungkin dikuat kuasa di Sarawak jika kes terus meningkat

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mungkin akan dikuatkuasakan di Sarawak sekiranya kes positif COVID-19 menunjukkan trend peningkatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

5) 17 ditahan anjur pesta liar di banglo

Seramai 17 individu ditahan di sebuah rumah banglo di Kubang Kerian, di sini awal pagi tadi selepas didapati berpesta sambil ‘menjamu’ dadah.

6) Pemakaian pelitup muka wajib 1 Ogos, ini lima perkara utama sidang media Ismail Sabri

Kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan pemakaian topeng pelitup muka yang akan mula berkuatkuasa mulai 1 Ogos.

7) Pelitup muka mandatori di tempat awam di Selangor - Jawatankuasa Khas

Ketuanya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dua kes positif COVID-19 melibatkan penularan tempatan di daerah Gombak dan Hulu Langat Selangor, baru-baru ini menunjukkan virus COVID-19 masih wujud dalam komuniti.

8) Harga pelitup muka turun 30 sen mulai 15 Ogos

Kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk menetapkan harga siling pelitup muka diturunkan sebanyak 30 sen mulai 15 Ogos depan.

9) Agong titah rakyat jangan sambil lewa, alpa pematuhan SOP bendung COVID-19

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak bersikap sambil lewa dan alpa dengan arahan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

10) Anugerah ikon untuk YouTuber adalah kerana dia anak kelahiran Ipoh - MBI

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjelaskan pengiktirafan Ikon Bandaraya Ipoh yang diberikan kepada seorang YouTuber masakan terkenal adalah atas kapasitinya sebagai anak kelahiran Ipoh.