ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 10 September 2020.
PILIHAN RAYA NEGERI SABAH
1) PRN Sabah: PN umum bertanding 29 kerusi, akan bincang dengan BN elak pertembungan
Perikatan Nasional (PN) Sabah terdiri daripada Bersatu, SAPP dan Star mengumumkan akan bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
2) PRN Sabah: Ada pro dan kontra untuk PN dan BN tidak letakkan Musa Aman
Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya negeri (PRN) kali ini, ada pro dan kontranya yang tersendiri.
COVID-19
3) COVID-19: Lima perkara penting kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Kes positif COVID-19 baharu di Malaysia kekal dua angka, dua hari berturut-turut dengan 45 kes dilaporkan pada Khamis, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.
4) COVID-19: OKT baharu ditahan perlu diasingkan - Dr Noor Hisham
Orang Kena Tahan (OKT) yang baharu ditahan perlu diasingkan daripada individu yang sudah lama ditahan bagi membendung penularan COVID-19 seperti yang berlaku dalam Kluster Benteng Lahad Datu (LD).
5) KKM jalankan siasatan hubung kait antara Kluster Sungai dan Kluster Telaga
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan sama ada ada hubung kait antara Kluster Sungai dan Kluster Telaga di Kedah.
6) PKPD di Aman Jaya dilanjutkan sehingga Ahad ini - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Aman Jaya, Kedah yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan tiga hari lagi sehingga 13 September ini.
7) Waktu operasi kedai makan dilanjutkan, ini lima perkara penting sidang media Ismail Sabri
Waktu operasi premis perniagaan termasuk kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi.
8) Lawatan Menteri Pertahanan China dibuat secara 'low-key' atas nasihat KKM - Ismail Sabri
Lawatan kerja Menteri Pertahanan China Wei Fenghe ke negara ini pada Isnin lalu tidak mendapat liputan media tempatan kerana mematuhi nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) agar program dilaksanakan tanpa hebahan.
LAIN-LAIN
9) KL banjir: Kementerian teliti punca sebenar, sifatkan luar biasa - Annuar Musa
Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengkaji punca sebenar kejadian banjir kilat yang melanda ibu negara petang tadi yang disifatkan berlaku agak pantas.
10) KJ jumpa Veveonah, mohon maaf bagi pihak kerajaan, tawar kerjasama inovasi
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin hari ini bertemu dengan Veveonah Mosibin dan meminta maaf bagi pihak kerajaan atas isu yang ditimbulkan dua timbalan menteri sebelum ini.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Sep 10 2020
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.