ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 6 Disember 2020. 

1) Jenazah ibu mentua, anak Syafiq Ahmad selamat dikebumi

Jenazah ibu mentua dan bayi lelaki penyerang JDT, Muhammad Syafiq Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai, Padang Pusing, Pendang kira-kira jam 8.25 malam tadi.

2) "Kami bersama anda, Syafiq" - Komuniti bola sepak

Komuniti bola sepak negara hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada penyerang kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad dan keluarga, yang terlibat dalam kemalangan tragis di Pulau Pinang, awal pagi tadi.

3) Tan Cheng Hoe ucap takziah, harap Syafiq tabah

Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe turut menzahirkan ucapan takziah kepada pemain kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad yang kehilangan bayi lelaki dan ibu mertua dalam kemalangan di Kilometer 163.6 Sungai Bakap, Pulau Pinang hari ini.

4) Bapa Muhammad Syafiq tak sempat lihat cucu lelaki pertama

Hasrat bapa pemain JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, untuk melihat cucu lelaki yang baru dilahirkan tidak kesampaian apabila bayi yang berusia 22 hari itu maut dalam kemalangan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Sungai Bakap, awal pagi tadi.

5) Atasi segera kelesuan ekonomi dengan memiliki kerajaan yang stabil - Mohamad Hasan

Kelesuan ekonomi negara perlu diatasi segera dengan beralih kepada pertumbuhan yang berganda, pelaburan bermutu dalam sektor teknologi dan innnovatif serta membuka pasaran dengan lebih agresif, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

6) Saarani dapat sokongan jadi Menteri Besar Perak yang baharu?

Sokongan terhadap Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad untuk dilantik sebagai Menteri Besar baharu Perak dilihat semakin kukuh apabila jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang dipercayai menandatangani akuan bersumpah (SD) kini meningkat daripada 15 kepada 26 orang.

7) COVID-19: Lembah Klang catat 515 kes, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM

Tiga kluster pula diisytiharkan tamat iaitu Kluster Palma, Kluster Merpati dan Kluster Makekar dan menjadikan jumlah kluster yang telah tamat adalah sebanyak 201 kluster.

8) Kepala pesakit COVID-19 berusia empat tahun tersangkut di celah besi katil

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga pesakit COVID-19 tersangkut kepala di celah besi katil di wad Hospital Tumpat dekat sini malam tadi ketika bermain di katilnya.

9) Polis terima 8 laporan salah laku seksual penceramah selebriti

Polis hari mengesahkan menerima keseluruhan lapan laporan membabitkan pendakwah selebriti yang didakwa melakukan jenayah seksual dan kini dalam tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

10) Populasi penduduk terjejas jika ramai wanita memilih kahwin lambat?

Pakar Undang-Undang Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Noor Aziah Awal berpendapat, wanita yang berkahwin lewat bukan perkara yang pelik.