ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 9 Disember 2020.
1) 'Panglima perang' Bung Moktar mahu jadi individu pertama terima vaksin COVID-19
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini menyuarakan kesediaan beliau untuk menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin COVID-19.
Menggelarkan dirinya sebagai 'panglima perang’, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau menyatakan kesediaan berkenaan kerana ada pihak yang mempertikai tahap keselamatan vaksin tersebut.
2) Sultan Perak perkenan lantik Saarani sebagai MB baharu
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor dalam satu kenyataan berkata ia selepas Sultan Nazrin mempertimbang cadangan serta yakin Saarani memperoleh sebahagian besar ADUN.
3) Mengaku salah terima suapan RM12,000, pegawai Imigresen 'meraung' dihukum penjara 30 hari
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Zalizi Ismail, 26, meraung ketika dipeluk abang dan kakaknya selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM20,000 selepas mengaku bersalah menerima suapan RM12,000 pada 2 Disember lalu.
4) Zahid Hamidi mohon maaf, Perikatan Nasional setuju Saarani dicadang sebagai MB Perak
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tindakan yang dilakukan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Perak baru-baru ini.
5) Polis selesai ambil keterangan Syafiq Ahmad
Polis sudah mengambil keterangan pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad yang terlibat dalam kemalangan di KM 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, Syafiq hadir memberi keterangan di IPD Seberang Perai Selatan di Jawi, semalam.
6) "Bayar dulu air mentah dari Kedah sebelum komen macam-macam" - Sanusi bidas PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) diharapkan dapat membayar tuntutan RM50 juta setahun yang dibuat Kerajaan Negeri Kedah bagi caj air mentah yang diambil dari negeri Jelapang Padi itu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan atau kritikan berhubungan proses pembekalan air dari kawasan Ulu Muda.
7) Jadikan kondominium mewah 'sarang' perjudian online, 19 warganegara China ditahan
Polis menahan 18 lelaki dan seorang wanita warganegara China yang terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian dalam tiga serbuan berasingan pada 4 hingga 7 Disember lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, serbuan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan itu.
8) COVID-19: Arahan kerja dari rumah kekal di kawasan PKPB
Arahan kerajaan untuk mewajibkan pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan serta pengawasan untuk bekerja dari rumah masih dikekalkan di kawasan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
9) COVID-19: Tiada lagi had jumlah pengunjung duduk semeja di kedai makan
Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi kelonggaran bagi jumlah pengunjung untuk duduk semeja di kedai makan.
Kelonggaran itu, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ialah tiada lagi had tempat duduk kepada pengunjung yang mahu membawa keluarga misalnya untuk makan di restoran.
10) Sikap Lim Kit Siang, pemimpin lain seperti 'beruk cuba lawan dengan kilat' - MB Kedah
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan tindakan serta sikap beberapa pemimpin MIC dan DAP termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendesaknya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar susulan kenyataan berkaitan isu perobohan Kuil Muniswarar di Kuala Kedah adalah seperti "beruk yang cuba berlawan dengan kilat".
Khairunnisa Kasnoon
Wed Dec 09 2020
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.