ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 14 Disember 2020.
1) Nahas helikopter Taman Melawati: Hasil siasatan awal sahkan berlaku perlanggaran - Menteri
Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (BSKU) telahpun mengeluarkan laporan awal hasil siasatan pelanggaran di udara melibatkan dua helikopter, 9M-HCA dan 9M-HCB, pada 8 Nov di Taman Melawati, Kuala Lumpur, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
"Ini adalah laporan awal dan penyiasatan mengenai kemalanan tersebut masih lagi berjalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini, dan memaklumkan laporan awal itu boleh didapati di laman sesawang Kementerian Pengangkutan.
2) Kerajaan mungkin tumbang selepas undian Belanjawan 2021?
Ada kemungkinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang jika Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 tidak dapat diluluskan kerana kekurangan sokongan majoriti, kata Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam sidang media bersama Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah di ibu negara hari ini, bekas Perdana Menteri itu berkata, sekiranya perkara itu berlaku, beliau berharap agar ahli-ahli Parlimen mula memikirkan tentang kepentingan rakyat.
3) KKM pertimbang pendekkan tempoh bagi individu sedang dikuarantin - Dr Noor Hisham
Tempoh kuarantin wajib selama 14 hari bagi individu yang sedang menjalani proses itu akan dipertimbangkan untuk dipendekkan kepada 10 hari susulan perubahan yang berkuat kuasa hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini pihaknya sedang menyelesaikan isu logistik bagi melaksanakan perkara itu.
4) Bacaan kali ketiga Belanjawan 2021: Laluan sukar untuk kerajaan?
Sidang Dewan Rakyat pada Selasa bakal menjadi tumpuan apabila undian bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 akan berlangsung.
Walaupun diluluskan di peringkat dasar pada 26 November lalu menerusi undian suara majoriti, namun ia bukan jalan mudah bagi kerajaan sebelum usul itu dibentangkan di Dewan Negara.
5) Krisis politik berterusan lumpuh pemulihan ekonomi - Penganalisis
Krisis politik yang berterusan dilihat akan melemahkan ekonomi negara terutama ketika proses pemulihan susulan impak pandemik COVID-19.
Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Mujibu Abd Muis berkata beberapa negara jiran secara komited mengetepikan krisis politik dan memfokuskan kepada pemulihan ekonomi.
6) COVID-19: Ini tatacara baharu masuk ke Sarawak bermula hari ini
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menetapkan tatacara kemasukan baharu ke negeri itu berkuat kuasa hari ini.
Keputusan itu dicapai selepas pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Ahad mengenai pengurangan tempoh kuarantin daripada 14 ke 10 hari.
7) Penyelewengan Dana Kandungan Digital, 9 syarikat masih gagal dikesan - FINAS
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mendedahkan setakat ini masih ada sembilan daripada 44 buah syarikat produksi yang masih gagal berhubung dengan pihaknya, berkaitan penyelewengan Dana Kandungan Digital (DKD).
Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata, sembilan syarikat itu melibatkan dana sebanyak RM11 juta dan berharap agar mereka segera menghubungi FINAS untuk perbincangan lanjut.
8) Tun M tidak mahu terima sokongan Najib untuk bentuk kerajaan
Biarpun Tun Dr Mahathir Mohamad mengharapkan Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat menolak Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 esok bagi memudahkan laluan membentuk kerajaan baharu, namun beliau masih tidak mahu bekerjasama dengan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ujar bekas Perdana Menteri itu lagi, beliau tetap berpegang kepada prinsip bahawa Najib merupakan punca sebenar mengapa negara tidak berada pada landasan yang tepat untuk menjadi negara maju.
9) Penderaan kanak-kanak: Lebih 35 peratus laporan libatkan seksual
Lebih 35 peratus daripada kes penderaan kanak-kanak Malaysia yang dilaporkan bagi tahun ini melibatkan jenayah seksual.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, jumlah itu mewakili 1,373 kes daripada keseluruhan 3,875 kes yang dilaporkan sehingga September lalu.
10) 2 anggota polis dituduh lakukan seks luar tabii, cabul, ugut pasangan kekasih
Dua anggota polis yang terbabit dalam kejadian pemerasan, cabul dan memaksa pasangan kekasih melakukan kelucahan melampau termasuk seks oral dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu dengan lapan pertuduhan, pada Isnin.
Lans Koperal Mohd Hanafi Mohd Zaki, 35, dan Konstabel Mohammad Izauddin Abd Wahab, 30, berhadapan tiga pertuduhan secara bersama manakala lima lagi secara berasingan.
Khairunnisa Kasnoon
Mon Dec 14 2020
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.