ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 21 Disember 2020.

1) COVID-19: 2018 kes baharu dilaporkan, Selangor tertinggi dengan 1,204 kes

Malaysia merekodkan kes harian ketiga tertinggi bagi penularan COVID-19 dengan sebanyak 2,018 kes baharu dilaporkan.

2) COVID-19: Lapan lagi kluster baharu dikesan, kebanyakan babit tempat kerja

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam daripadanya melibatkan tempat kerja.

3) PKPD di Pusat Koreksional Jasin dan Kuarters Kakitangan bermula 22 Dis - 4 Jan 2021

Beliau menjelaskan sehingga 19 Disember lalu, KKM telah melaksanakan 1,251 ujian saringan termasuk
saringan kedua serta ketiga dan sebanyak 133 kes positif COVID-19 telah direkodkan, 

4) Banjir makin pulih di Terengganu, hanya 2 daerah masih terjejas

Banjir di daerah Hulu Terengganu dan Setiu pula telah pulih sepenuhnya, kata Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman.

5) ATM, PGA kekal kawal sempadan meskipun banjir, pos dinaiki air

Kesemua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di sempadan Malaysia-Thailand  akan dikekalkan, meskipun ada beberapa pos milik mereka dinaiki air.

6) Bolehkah jemaah Malaysia tunai haji tahun depan? Ini jawapan Tabung Haji...

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, perbincangan tersebut kelak akan meliputi pertimbangan sama ada jemaah Malaysia perlu dibekalkan vaksin COVID-19 atau sebaliknya.

7) Isu status agama: Sabar, tunggu penjelasan daripada pihak berkuasa - Dr Zulkifli

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tindakan mempolitikkan isu sensitiviti agama adalah perbuatan yang tidak matang malah tidak menguntungkan agama.

8) Sultan Johor dukacita berita wanita dikatakan kahwin tidak ikut hukum syarak

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dukacita dengan berita yang tersebar di media berkaitan dengan wanita dari negeri itu yang dilaporkan melangsungkan pernikahan tidak mengikut hukum syarak di negara India.

9) Pendaftaran belum diluluskan, Muda heret JPPM ke mahkamah

Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mempertimbangkan tindakan undang-undang pada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kerana masih tidak meluluskan pendaftaran mereka yang dimohon tiga bulan lalu.

10) RM2 juta "masuk poket" Ku Nan sendiri - Mahkamah

Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa RM2 juta yang diberikan Tan Sri Chai Kin Kong kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tersimpan di dalam akaun Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) untuk manfaat dirinya dan menggunakan syarikat itu untuk berselindung bagi menerima hasil perbuatan salahnya.