ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 22 Disember 2020.

1) COVID-19: Malaysia catat 2,062 kes baharu, Selangor masih tertinggi 

Malaysia mencatatkan sebanyak 2,062 jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini adalah sebanyak 97,389 kes. 

2) Kossan kesan pertambahan 563 kes COVID-19, kilang terlibat ditutup hingga 30 Dis 

Kossan Rubber Industries Bhd mengesan pertambahan 563 kes COVID-19 pada 21 Disember dan kilang yang terlibat akan ditutup sehingga 30 Disember. 

3) Kemasukan pelajar luar negara dibenarkan bermula 1 Januari, kecuali dari UK 

Kerajaan bersetuju membenarkan kemasukan pelajar antarabangsa dari semua negara kecuali United Kingdom (UK) berkuat kuasa bermula 1 Januari ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

4) Vaksin COVID-19: Kerajaan tanggung RM77.35 bagi setiap rakyat - Khairy 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan menanggung RM77.35 bagi setiap rakyat Malaysia melalui pemberian vaksin COVID-19. 

5) Jangan cepat hukum vaksin COVID-19 haram, najis - Pakar Fiqh 

Jangan cepat menghukum menyatakan vaksin COVID-19 adalah haram, najis dan tidak sewajarnya diberikan kepada umat Islam di Malaysia selagi tiada bukti dan fakta kukuh. 

6) Malaysia antara sepuluh ekonomi dunia yang dijangka pulih pada 2021 

Menurut kajian oleh Bloomberg, Malaysia terletak di tangga kelima dengan jangkaan peningkatan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.8 peratus pada 2021. 

7) Muhyiddin lawat mangsa banjir Kelantan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Kelantan yang dilanda bencana itu sejak minggu lepas. 

8) Penggunaan plat OKU wajar, mudahkan penguatkuasaan fasiliti OKU - Ras Adiba

Cadangan penggunaan plat kenderaan orang kelainan upaya (OKU) dilihat bertepatan dan wajar bagi memudahkan penguatkuasaan penyalahgunaan fasiliti OKU, kata Senator Ras Adiba Radzi.

9) Belas ihsan masih wujud! Individu berbeza latar bangsa sama-sama selamatkan anjing 

Rakaman berdurasi lebih tiga minit itu dimuat naik oleh pengguna Facebook Nahur Omar, menunjukkan dia menghulurkan bantuan kepada haiwan malang itu. 

10) Nikah tak jadi, penyanyi Renggo tebar roti canai tampung keluarga

Ada kisahnya penyanyi kumpulan Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, 51 tahun bertapak di Kampung Sungai Petai di Pasir Puteh, Kelantan sejak lebih sebulan lalu.