ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 4 Februari 2021.
1. Tommy Thomas berpemikiran dangkal, tak faham fungsi AG, hina institusi perundangan - Idrus
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun hari ini menegaskan, beliau tidak terpengaruh dengan kandungan buku tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang jelas menunjukkan pemikirannya yang dangkal dan tidak memahami fungsi jawatan itu serta menyifatkan ia sebagai suatu penghinaan ketara kepada institusi perundangan.
2. COVID-19: Bayi 4 bulan antara korban terbaharu, paling muda direkodkan
Seorang bayi berusia empat bulan merupakan antara 17 kes kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan di negara ini pada Khamis.
3. PM Muhyiddin sembuh sepenuhnya, kongsi pengalaman berjuang lawan kanser
Sempena Hari Kanser Sedunia hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan orang ramai agar melakukan ujian saringan kesihatan secara berkala bagi mengelakkan kanser dikesan lewat.
4. COVID-19: 10 kluster baharu, enam daripadanya libat tempat kerja
Jumlah kluster dalam negara kini meningkat kepada 861, selepas 10 kluster baharu dikenal pasti pada Khamis, yang melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan empat kluster komuniti.
5. Tarian singa, perarakan tanglung sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan
Kerajaan membenarkan aktiviti majlis 'makan besar' bersama keluarga serta upacara sembahyang di rumah dijalankan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada 11 dan 12 Februari depan.
6. COVID-19: Malaysia sahkan 4,571 lagi kes baharu, Selangor catat kes tertinggi
Negara terus mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 dengan sejumlah 4,571 lagi kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam lalu.
7. Perdana Menteri tiba di Jakarta bagi lawatan rasmi
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.
8. Proklamasi Darurat: Henti lempar tohmahan tidak berasas, hormati keprihatinan Agong - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak agar berhenti melepaskan tohmahan yang tidak berasas terhadap keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dalam memperkenankan Proklamasi Darurat.
9. Khairy dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan - Muhyiddin
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
10. Kem PLKN, Kem Wawasan dijadikan pusat tahanan dan kuarantin sementara PATI - Muhyiddin
Kerajaan akan mengambil alih kem-kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan kem-kem Wawasan untuk digunakan sebagai Pusat Tahanan dan Kuarantin Sementara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan penjara sementara.
Madiha Abdullah
Thu Feb 04 2021
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.