ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Ogos 2021.

1. Pembukaan semula sekolah pada September sangat berisiko - EMIR Research

Kanak-kanak mungkin terdedah kepada risiko lebih besar dengan pembukaan semula sekolah yang dijadualkan pada September ini, berikutan kemunculan varian Delta wabak COVID-19 yang mudah menular, demikian menurut badan pemikir bebas EMIR Research.

2. Keutamaan vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun dengan masalah kesihatan

Golongan remaja berumur 12 hingga 15 tahun akan diberikan suntikan vaksin namun keutamaan adalah kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

3. COVID-19: Malaysia bakal terima 1 juta dos vaksin sumbangan UAE - Hishammuddin

Malaysia bakal memperoleh tambahan satu juta dos vaksin secara percuma, hasil sumbangan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

4. Dua kes keracunan dikesan akibat ambil Ivermectin secara kendiri - KKM

Pusat Racun Negara mengesan dua kes keracunan akibat pengambilan pil Ivermectin secara kendiri.

5. Insiden tembakan Kem TUDM: Saya mengandung empat bulan, ini yang arwah tunggu-tunggu

Kurang lima bulan lagi untuk Nur Atiqah Nurul Supyie untuk melahirkan cahaya mata pertama mereka.

6.  PM tidak layak buat tawaran - Shafie Afdal

Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Afdal menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak menawarkan sebarang tawaran memandangkan beliau bukan lagi seorang yang layak memegang jawatan Perdana Menteri.

7. Insiden tembakan kem TUDM: Jenazah pertama dibedah siasat petang Sabtu

Jenazah pertama kes tembakan melibatkan anggota TUDM di Kota Samarahan dibedah siasat pada pukul 5.00 petang ini.

8. COVID-19: 20,670 kes baharu, menurun sedikit berbanding semalam

Kes harian COVID-19 dalam negara merekodkan 20,670 kes baharu, menurun sedikit berbanding 21,468 kes semalam.

9. Labuan catat sifar kes jangkitan hari ini, pertama kali sejak pandemik melanda negara

Jumlah kes COVID-19 terus menurun di Labuan ke paras yang tidak pernah dicatatkan sejak akhir Februari tahun lepas, pada ketika Wilayah Persekutuan itu melaksanakan vaksinasi kepada kesemua orang dewasa dan melaksanakan sekatan pergerakan, yang akhirnya menunjukkan kesannya.

10. Tawaran jawatan bertaraf Menteri Kanan satu penghinaan bagi saya - Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akui terkejut dengan keputusan pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.