ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Ogos 2021.

1. Paralimpik Tokyo: Permulaan kurang baik untuk Chaoming

Pemain ping pong negara Chee Chaoming, tewas kepada pemain Itali Mohamed Kalem pada aksi pertamanya di Paralimpik Tokyo di Gimnasium Metropolitan.

2. Lapan beradik hilang ibu bapa akibat COVID-19 terima faedah bulanan Perkeso

Lapan beradik yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 baru-baru ini, menerima kunjungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

3. Ambil pengajaran dari kerosakan muka bumi pasca perlombongan bijih timah - Sultan Perak

Pengalaman kerosakan muka bumi yang ditinggalkan dan harga yang perlu dibayar oleh negeri dan rakyat pasca aktiviti perlombongan bijih timah, perlu dijadikan pengajaran.

4. Wanita, teman lelaki didakwa dera anak kandung

Seorang wanita dan teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas dakwaan mendera anak kandung perempuannya berusia lima tahun, minggu lalu.

5. Rumah, wang tunai RM50,000 ganjaran buat Azizulhasni dari kerajaan Terengganu

Kerajaan Terengganu meraikan pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang dengan memberikan insentif bernilai RM350,000 merangkumi sebuah kediaman bernilai RM300,000 di Dungun dan wang tunai RM50,000.

6. Perbicaraan tetap bersambung 6 September, Zahid Hamidi perlu hadir ke mahkamah

Prosiding perbicaraan melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang dijadualkan pada 6 September ini akan diteruskan seperti biasa.

7. Elly Kasim penyanyi asal lagu Ayam Den Lapeh meninggal dunia

Penghibur yang pernah menempa kemashyuran menerusi lagu Ayam Den Lapeh itu menghembuskan nafas terakhir selepas menghadapi masalah pencernaan pada usia 77 tahun.

8. COVID-19: Malaysia catat 22,642 kes baharu, Selangor kembali melonjak dengan 6,325 kes

Malaysia merekodkan sejumlah 22,642 lagi kes harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus menjadikan angka keseluruhan kes positif kepada 1,616,244 kes.

9. Pertemuan bersama PH: Capai kesepakatan agenda kepentingan rakyat - PM

Perdana Menteri dan Pakatan Harapan (PH) hari ini mencapai persetujuan bersama untuk memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

10. Undi tidak percaya: Jika PM komited tangani COVID-19, PH tidak mahu 'persulitkan' keadaan - Anwar

Pakatan Harapan (PH) tidak mahu ‘mempersulitkan’ keadaan jika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan terus komited dalam menangani COVID-19, dan masalah ekonomi rakyat serta negara.