ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Ogos 2021.


1. [LAPOR LANGSUNG] Kabinet baharu Ismail Sabri

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum senarai anggota Kabinet selepas mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah.



2. Projek sarung tangan Bidor bakal wujud 6,000 peluang pekerjaan

Projek itu dijangka siap dan mula beroperasi pada suku pertama tahun 2023.


3. Lapan sekeluarga tinggal di pondok, tidak mampu sewa rumah

Ini kisah sebuah keluarga di daerah Tawau yang hidup serba kekurangan dan terpaksa tinggal di sebuah pondok, kerana tidak mampu menyewa rumah.

4. Kabinet Ismail Sabri akan diumum 11 pagi esok - PMO

engumuman anggota Kabinet diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal diumumkan pada jam 11 pagi pada Jumaat (27 Ogos 2021).

5. COVID-19: Daripada 393 jumlah kematian, 100 kes meninggal dunia di luar hospital

Negara hari ini dikejutkan dengan angka korban tertinggi akibat COVID-19 iaitu 393 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

6. Keuntungan bersih suku kedua Maybank melonjak kepada RM1.96 bilion

Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2021, yang melonjak kepada RM1.96 bilion berbanding RM941.73 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

7. Exco Kesihatan Kedah positif COVID-19

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Hayati Othman disahkan positif COVID-19 selepas terlibat dalam misi bantuan di kawasan yang terjejas susulan kejadian kepala air di kaki Gunung Jerai, Yan beberapa hari lalu.

8. UPKO parti komponen terbaharu Pakatan Harapan

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) diterima sebagai parti komponen terbaharu Pakatan Harapan (PH) sebahagian daripada semangat ‘khemah besar’ pakatan tersebut.

9. Tiga sekawan cipta 15 variasi perisa pisang goreng raih pulangan lumayan

Kreatif dan inovatif. Itulah yang boleh digambarkan untuk tiga sekawan sebaya yang juga merupakan siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam menghasilkan 15 variasi perisa pisang goreng dan kini mampu memberi pulangan lumayan.

10. Pertemuan dengan Perdana Menteri untuk redakan suhu politik - Anwar

Kehadiran Pakatan Harapan (PH) di Perdana Putra adalah atas dasar menerima jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu bagi meredakan suhu politik yang dilihat terlalu panas ketika ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.