ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Ogos 2021.

1. Lajim Ukin meninggal dunia akibat COVID-19

Datuk Seri Lajim Ukin, disahkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi Ahad.

2. Senjata Nuklear: Fahami sains, perkuat suara di peringkat global

Tanggapan bahawa senjata nuklear merupakan isu berkaitan polisi dan hubungan antarabangsa yang tidak berkaitan dengan masyarakat awam, perlu diubah.

3. Bekalan ubat COVID-19 tidak terputus - KP Kesihatan

Bekalan ubat-ubatan di hospital awam tidak terputus sepenuhnya tetapi diterima secara berperingkat daripada pembekal susulan permintaan meningkat secara drastik dalam waktu singkat.

4. Renangan Muhammad Nur Syaiful sekali lagi dibatalkan

Nur Syaiful terpaksa menerima hakikat bahawa pembatalan itu menjadi titik noktah terhadap perjuangannya untuk ke peringkat akhir dalam acara itu, petang ini.

5. Kementerian Kewangan akan bentang Penyata Pra-Belanjawan 2022 - Tengku Zafrul

Kementerian Kewangan buat pertama kali akan membentangkan Penyata Pra-Belanjawan dalam masa terdekat sebagai persiapan menjelang pengumuman Belanjawan 2022.

6. Semangat Keluarga Malaysia: JKPPH kemuka agenda reformasi sistem pendidikan

JKPPH berkata, inisiatif itu dilakukan seiring titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru semua ahli Dewan Rakyat mengetepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara.

7. Serangan bom: Dua rakyat Malaysia didakwa di Teluk Guantanamo

Dua rakyat Malaysia yang didakwa terlibat tragedi pengeboman di Indonesia 19 tahun lalu, akan didakwa di Mahkamah Tentera, Stesen Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo, Cuba esok.

8. COVID-19: 20,579 kes baharu, lepasi 20,000 kes untuk enam hari berturut-turut

Sebanyak 20,579 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Ahad, menurun berbanding 22,597 kes yang direkodkan semalam. Begitupun, kes baharu melepasi angka 20,000 untuk enam hari berturut-turut, bermula pada 24 Ogos lepas.

9. Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina

Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

10. Mohamad Alamin tidak hadir istiadat angkat sumpah esok kerana positif COVID-19

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II dalam Kabinet baharu disahkan positif COVID-19.