ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 September 2021.

1. Transformasi Parlimen: Kerajaan setuju tubuh jawatankuasa bersama - Wan Junaidi

Kerajaan setuju menubuhkan jawatankuasa bersama Parlimen dan JPM untuk memastikan proses transformasi Parlimen, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


2. Bajet 2022: MOF terbit 4 KKA, ruang maklum balas pelbagai pihak

Kementerian Kewangan menerbitkan empat Kertas Konsultasi Awam dalam usaha menambah baik ketelusan dan keterangkuman di dalam proses penyediaan bajet tahunan.


3. Khairy akan bincang dengan KPM wajibkan vaksinasi untuk guru

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin mengenai mandat vaksinasi untuk guru.


4. KOM tidak iktiraf balingan Ziyad sebagai rekod kebangsaan

Kesatuan Olahraga Malaysia tidak mengiktiraf catatan 17.94 meter sebagai rekod baru kebangsaan bagi acara lontar peluru yang dilakukan atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli. 


5. Tempoh moratorium pembaharuan lesen, cukai jalan dilanjut hingga 31 Dis

Bagaimanapun, kata Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans.

6. KJ minta rakyat Malaysia bersabar untuk aktiviti rentas negeri

Rakyat Malaysia diminta bersabar untuk melakukan aktiviti rentas negeri bagi menziarahi keluarga masing-masing, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

7. 2,500 guru enggan divaksin tidak dibenar mengajar secara bersemuka - Radzi

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan untuk tidak membenarkan kumpulan guru yang enggan atau masih belum menerima vaksin COVID-19 terlibat dalam sesi pengajaran di dalam kelas serta berinteraksi secara bersemuka dengan pelajar.

8. Sekolah akan tetap dibuka 3 Oktober - Menteri Pendidikan

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.

9. KPT rancang buka semula IPT, kemasukan pelajar secara fizikal bermula Oktober

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merancang membuka semula institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021/2022 dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Oktober tahun ini.

10. "Saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku" - Jurulatih Ziyad

"Kepada semua pihak yang nak cari siapa salah, siapa tak salah, saya nak kata saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Janganlah tuding jari kepada orang lain." Demikian kata Faizol Harun, jurulatih kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.