ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 November 2021.

1. Institusi raja perlu main peranan besar, adili peraduan politik negara - Nazir Razak

Raja-Raja Melayu boleh memainkan peranan yang lebih besar untuk memerhati dan bertindak dalam mengadili pertentangan politik di negara ini, cadang Datuk Seri Nazir Razak.

2. Lelaki maut dilanggar lori selepas kelar leher ibu

Seorang anak tergamak mengelar leher ibunya selepas berlaku pertengkaran di antara mereka dalam kejadian di Batu 5, Jalan Jeniang dekat Gurun, awal pagi Rabu.

3. PRN Melaka: Adly gagal cabar pembubaran DUN

Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari hari ini gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan Pilihan Raya Negeri Melaka yang dijadualkan pada 20 November ini.

4. COVID-19: 6,243 kes baharu dalam 24 jam, 78 kematian direkodkan

Malaysia mencatatkan 6,243 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menyaksikan peningkatan berbanding semalam.

5. Ismail Sabri diberi sambutan rasmi oleh Presiden Indonesia Jokowi

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Indonesia bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi di Istana Bogor pada Rabu.

6. Bung Moktar dapat pelepasan sementara pasport untuk urusan rasmi di Arab Saudi

Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang berdepan pertuduhan rasuah, bagi mendapatkan pelepasan sementara pasportnya untuk ke Arab Saudi bagi urusan rasmi.

7. Adibah Noor, Fazley Yaakob sertai Gegar Vaganza 8, Syafinaz sebagai juri tetap

Program realiti paling dinanti-nantikan, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) terbitan Astro kembali lagi.

8. "Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen

Sejak kerajaan memutuskan untuk tidak lagi melarang rentas negeri, kawasan tumpuan pelancongan yang sebelum ini agak sunyi kembali dipenuhi pelancong.

9. 40 peratus tidak hadir janji temu dos penggalak - Khairy

Kira-kira 40 peratus individu yang menerima janji temu untuk vaksinasi dos penggalak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak hadir untuk menerima suntikan itu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

10. Kelonggaran aktiviti sosial akan ditarik balik jika kes COVID-19 meningkat

Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik balik kelonggaran aktiviti sosial yang diberikan kepada rakyat, sekiranya angka COVID-19 meningkat selepas negara beralih ke fasa endemik.