ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 Mac 2022.
1. 'Janganlah asyik berpolitik siang dan malam'
Sultan Selangor mengingatkan semua ADUN supaya menumpukan kepada usaha dan tanggungjawab meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan masing-masing, sekali gus membangunkan ekonomi negeri.
2. Wujudkan mahkamah vaksin, tentukan punca kematian - Dr Musa
Datuk Dr Musa Mohd Nordin mencadangkan agar mahkamah vaksin ditubuhkan bagi menentukan punca kes kematian individu yang telah menerima vaksin COVID-19.
3. Rahimah Stephens meninggal dunia akibat serangan jantung
Balu bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sabah Tun Mohd Fuad Stephens, Toh Puan Rahimah Stephens meninggal dunia pada usia 91 tahun awal pagi tadi.
4. Stesen minyak terbakar dipercayai berkaitan aktiviti seludup minyak
Kebakaran sebuah kereta jenis Perodua Kancil di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang di sini pada Isnin dipercayai berkaitan dengan aktiviti penyeludupan minyak ke negara jiran.
5. Dr Dzulkefly disahkan positif COVID-19
Bekas Menteri Kesihatan itu menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan, beliau dimaklumkan dijangkiti virus itu selepas menjalani ujian RT-PCR.
6. Pas tidak dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO?
Ketika diajukan soalan tersebut, Ahmad Maslan hanya terdiam dan kemudian meminta untuk media bertanyakan soalan lain.
7. Khairuddin Aman Razali umum keluar Pas
Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan telah membuat permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas.
8. Kadar dividen KWSP sepatutnya 6.7 peratus jika tiada pengeluaran - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata dividen tambahan sebanyak RM5.4 bilion itu sebaliknya boleh diagihkan kepada semua ahli dana persaraan sekiranya tiada pengeluaran dibuat sebelum ini.
9. Calon MB Johor: Hasni beri laluan kepada orang muda
Spekulasi mengenai calon Menteri Besar Johor yang baharu terus menjadi tanda tanya di sebalik kejayaan Barisan Nasional menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
10. Hasni tidak jadi MB, Shahrir Samad malu hadir Perhimpunan Agung UMNO
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad meluahkan rasa kecewanya dengan konflik pelantikan Menteri Besar Johor, terutama apabila Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, tidak kembali menjawat jawatan itu.
Astro Awani
Mon Mar 14 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 Mac 2022.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Disember 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Disember 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Ogos 2022.