ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 Mac 2022.

1. Video tikus tular: HTJS ambil tindakan tambah baik penjagaan kebersihan

JKNNS telah menjalankan siasatan serta-merta dan melakukan langkah penambahbaikan susulan insiden seekor tikus berkeliaran di wad 3B Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

2. Onn Hafiz mula tugas sebagai Menteri Besar

Menteri Besar Johor yang baharu, Datuk Onn Hafiz Ghazi memulakan tugasnya secara rasmi di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.

3. MB Johor: Tidak sepanjang masa saya sokong raja atau parti, saya demokrat - Shahrir Samad

Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad menafikan beliau berniat menyoal hak Raja-raja dalam menentukan urusan pelantikan Menteri Besar Johor.

4. PH akui kelemahan, seru kerjasama parti pembangkang hadapi PRU15

PH akan berusaha merangkul seluruh kekuatan yang sedia menolak kerakusan dan rasuah demi membina kerjasama di kalangan parti-parti pembangkang

5. Kerajaan benarkan pengeluaran KWSP RM10,000 - PM

Menurut Perdana Menteri, kebenaran itu diberikan selepas kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak.

6. Benarkan Kedah eksport ketum ke Thailand - Permintaan Menteri Besar kepada Pusat

Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kebenaran itu akan memberi banyak manfaat kepada banyak pihak terutama kerajaan melalui kutipan cukai hasil daripada aktiviti mengeksport daun ketum.

7. SRC International: Permohonan rayuan Najib masukkan bukti baharu ditolak

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memberitahu, Mahkamah Rayuan tidak melakukan sekarang kekhilafan dan tiada sebarang kesalahan yang membolehkan ia dirayu.

8. Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, sebaliknya usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.

9. KWSP: Permohonan untuk pengeluaran khas bermula 1 April

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022.

10. PAU 2021: Ini masa terbaik laksanakan PRU15 - Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan tiada alasan untuk melengahkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali diyakini rakyat.