ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Mac 2022.
1. PAU2021: 'PM, ketatkan skru longgar dan bersihkan longkang tersumbat' - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi pesanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memastikan kerajaan yang diterajuinya terus diterima rakyat.
2. Usul Titah Diraja lulus, 'peletakan jawatan' Tengku Zafrul warnai Dewan Rakyat
Minggu ketiga persidangan Dewan Rakyat berakhir dengan kelulusan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong selepas 27 kementerian selesai menggulung perbahasan usul itu yang bermula Isnin.
3. 1,338 mangsa terlibat kebakaran di Tawau
Seramai 1,338 mangsa dikenal pasti terjejas akibat kebakaran melibatkan kira-kira 700 buah rumah di perkampungan atas air di Jalan Apas Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, di sini, pada Khamis.
4. Penduduk luar bandar Mukah teruja dapat buat panggilan video
Setelah sekian lama dibelenggu dengan liputan internet lembab, penduduk sekitar Mukah terutama di kawasan luar bandar, kini sudah dapat berhubung dengan keluarga dan sanak-saudara dengan panggilan video.
5. Tuntutan waris Sultan Sulu: Malaysia fail permohonan batal 'Final Award'
Kerajaan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan Final Award berhubung isu tuntutan pihak mengaku sebagai waris Sultan Sulu pada 3 Mac lepas di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan Malaysia terpelihara.
6. Faizal Tahir bersyukur dianugerahkan anak istimewa
Rasa kesyukuran tidak henti-henti dipanjatkan artis popular tanah air, Faizal Tahir ketika berkongsi rezeki cahaya mata ketujuh yang lahir pada Disember lalu.
7. PAU2021: Kalau nak bubar Zahid kena bincang dengan Muhyiddin dan Hadi - Nazri
Sekiranya mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berbincang dengan presiden parti-parti yang membentuk kerajaan yang ada hari ini, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
8. MOF nafi terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul
MOF menerusi hantaran di Twitter menyatakan, Tengku Zafrul masih komited dalam menjalankan tugas terutamanya usaha ke arah pemulihan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19.
9. GRS dianggotai empat parti, UMNO dan BN sekadar rakan kongsi - Hajiji
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keempat-empat parti berkenaan ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).
10. PAU 2021: Tidak wajar rumitkan keadaan, tangguh dulu PRU15 - Khairy
Pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat wajar ditangguh sehingga keadaan kesihatan awam benar-benar stabil, tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Astro Awani
Fri Mar 18 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Mac 2022.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.