ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Mei 2022.

1. Perlu qada zakat fitrah jika belum tunaikan kewajipan - Mufti

Umat Islam yang belum membayar zakat fitrah pada bulan Ramadan lepas, wajib qada walaupun telah lewat daripada waktu ditentukan, kata Mufti Datuk Mohamad Shukri Mohamad. 

2. 'Anak Mak' luah isi hati, keluar dari kegelapan

Kekhilafan kadangkala terus membelenggu diri dan bagi bekas banduan, ia semakin terasa apabila Ramadan sampai ke penghujungnya dan Aidilfitri pula menjengah tiba.

3. Aidilfitri dan Kaamatan, Sabah jangka pertambahan kes COVID-19 jika rakyat lalai SOP

Sabah turut menjangkakan trend jangkitan COVID-19 di negeri itu akan meningkat selepas Aidilfitri seperti yang diramalkan Ketua Pengarah Kesihatan, kata Datuk Seri Masidi Manjun.

4. ISN, IJN pantau dan bantu pemulihan Mohd Azizulhasni

Satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi memantau dan membantu proses pemulihan jaguh berbasikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang sebelum ini selamat menjalani pembedahan jantung pada 21 April lepas.

5. ''Parok' orang kita, tiada kesedaran sivik!' - Lelaki ini kutip sampah ditinggal pengguna lebuh raya

Kecoh di laman Twitter keadaan pinggir jalan di Lebuhraya CSR yang dipenuhi sampah sarap.
Hal ini difahamkan berpunca daripada kapasiti tinggi kenderaan yang melalui lebuh raya berkenaan yang rata-rata bertujuan pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya.

6. Aidilfitri: Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih

Pemergian pengarah filem terkemuka tanah air Mamat Khalid ke negeri abadi pada Oktober tahun lalu sememangnya memberi impak yang cukup besar.

7. Ciri baharu MySejahtera kesan lokasi penyakit berjangkit - Khairy

Aplikasi MySejahtera kini dikemas kini dengan ciri-ciri baharu bagi mengesan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

8. Raya tiada air bukan 'cerita lawak', pengguna kesal sambutan Aidilfitri terjejas

Sambutan Aidilfitri bagi penduduk di Kampung Bukit Changgang, Banting terjejas akibat gangguan bekalan air sejak awal petang Selasa.

9. Gangguan air: Bekalan pulih sepenuhnya 9 pagi esok - Air Selangor

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, pemulihan itu berlaku secara berperingkat dengan bekalan sudahpun mula disalurkan sejak jam 9 malam Selasa.

10. Gangguan air Lembah Klang: LUAS kesan pencemaran seakan diesel

LUAS mengesan bau seakan diesel di Sungai Beranang menujukkan bacaan pencemaran 2 ton, yang menjadi punca Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti operasi sekali gus menjejaskan bekalan air di 427 kawasan di Lembah Klang pada Selasa.