ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Mei 2022.

1. Kes saman Apandi: 'Mengapa penyelesaian harus dirahsia?' - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad persoal cara penyelesaian kes saman membabitkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

2. Lokasi Debat Perdana Anwar-Najib di MATIC

Astro AWANI akan menyiarkan debat itu secara langsung di semua platformnya pada 12 Mei nanti.

3. Sultan Johor kurnia darjah kebesaran tertinggi kepada PM Singapura

Sultan Ibrahim bertitah pengurniaan itu terus mengukuhkan hubungan persahabatan erat Johor dan Singapura yang terjalin sekian lama.

4. Malaysia kesan satu kes kanak-kanak disyaki hidap hepatitis akut tidak diketahui penyebab

Seorang kanak-kanak lelaki tempatan berumur empat tahun 11 bulan di Sabah disyaki mengalami Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabnya pada Mac 2022.

5. Polis buka kertas siasatan pergaduhan di restoran di Bahau

Insiden pergaduhan dipercayai akibat rasa tidak puas hati seorang wanita terhadap harga makanan di sebuah restoran nasi kandar.

6. Dua beranak maut, lima cedera dalam kemalangan babit lima kenderaan

Kenderaan pelbagai guna dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Besar Palong 4, Gemas.

7. "Peragut hampir membunuh!" - Dashcam Janna Nick rakam detik cemas pembaca berita diseret

Janna berjaya merakam situasi cemas apabila lelaki itu cuba mengejar mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana.

8. Kes COVID-19 meningkat mendadak, Sukan Asia Hangzhou 2022 ditunda

Penularan COVID-19 kali ini adalah yang ‘terbesar’ sejak penularan sebelum ini.

9. Kematian doktor pelatih HPP: KKM tubuh 'taskforce', siasat budaya buli

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata pasukan petugas khas itu juga akan berfungsi menyiasat budaya buli yang didakwa berlaku.

10. Isteri maut dibelasah suami sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri

Gara-gara memuat naik satu hantaran yang mendakwa suaminya mempunyai hubungan sulit, seorang wanita dibelasah suspek sehingga mati, sehari sebelum sambutan Aidilfitri, di kediaman mereka di Batu 9, Cheras.