ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Mei 2022.

1. PM tiba di Washington DC

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Washington D.C untuk lawatan kerja empat hari.


2. Janda Baik dilanda banjir kilat, 42 keluarga berpindah

Sebanyak 42 keluarga terpaksa berpindah ke lokasi selamat selepas beberapa perkampungan di Janda Baik dilanda banjir kilat akibat hujan berterusan sejak malam tadi.


3. Norlela serah nama lima 'doktor pembuli' kepada KKM

Dr Norlela Ariffin telah menyerahkan nama lima doktor di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang didakwa sebagai pembuli kepada Kementerian Kesihatan (KKM).


4. "Kita tak perasan pun" - Terima duit raya RM14,000, Neelofa anggap rezeki Bilal

Neelofa memberitahu dia menyedari jumlah kutipan duit raya itu selepas mahu membuka akaun bank buat Bilal.


5. Doktor pelatih maut: Polis rekod keterangan ahli keluarga dan teman wanita hari ini

Keterangan ahli keluarga iaitu bapa dan abang mangsa akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut petang ini.


6. BNM naikkan OPR kepada 2.0 peratus

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.0 peratus dalam mesyuarat MPC pada Rabu.


7. Dera dan tekup muka dengan bantal, guru taska ditahan

Guru wanita berusia 24 tahun itu didakwa telah menekup muka anak asuhan terbabit dengan bantal selain menarik telinga mangsa sehingga lebam.


8. Sukan SEA Hanoi: Pandelela-Nur Dhabitah pastikan Malaysia sapu bersih emas terjun

Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri, menepati ramalan mengungguli acara 10 meter platform seirama wanita.


9. PKR perlukan Timbalan Presiden yang agresif, bukan tukar Anwar - Rafizi

Menurut Mohd Rafizi, Anwar memerlukan barisan pemimpin yang boleh memberikan nasihat dan pandangan yang bersesuaian dengan keadaan semasa.


10. Harga RON97 naik 37 sen kepada RM4.31, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter iaitu daripada RM3.94 kepada RM4.31 seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022.