ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 Julai 2022.

1. Banjir Baling: Agong zahir penghargaan semua pihak terlibat hulur bantuan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap bencana banjir di Baling, Kedah.

2. Banjir Baling: Jambatan Bailey Kampung Iboi siap dipasang

Jambatan terbabit memberi manfaat kepada penduduk untuk berulang alik ke sekolah dan masjid.

3. Sekumpulan pelajar perempuan ditahan kes pukul, buli

Semua individu berusia antara 13 hingga 17 tahun itu ditahan pada jam 11.52 malam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu.

4. Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac dakwa ada kaitan dengan 'orang keliling' Altimet

Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku melibatkan keputusan jawatan Ketua Cabang PKR Ampang pada Pemilihan PKR 2022 yang diadakan semula, didakwa ada kaitan dengan 'orang sekeliling' penyanyi rap, Altimet.

5. Aidiladha: Semua premis perniagaan di Kelantan diarah tutup esok

Semua premis perniagaan termasuk pasar raya, kompleks beli belah, kedai serbaneka dan restoran makanan segera di seluruh Kelantan diarahkan tutup esok sempena sambutan Aidiladha.

6. Empat lagi rakyat Malaysia diperdaya di Kemboja dibawa pulang

Empat lagi rakyat Malaysia yang diperdaya dengan iklan peluang pekerjaan sebagai pegawai khidmat pelanggan yang menawarkan gaji lumayan di Kemboja berjaya dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu.

7. Cadangan Perjanjian Malaysia baharu tidak masuk akal - Wan Junaidi

Usul untuk membuat satu Perjanjian Malaysia baharu adalah cadangan tidak masuk akal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

8. Jemaah terkandas di KLIA: 57 laporan polis libatkan kerugian lebih RM2.37 juta

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 57 laporan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji terhadap sebuah agensi pelancongan swasta melibatkan kerugian lebih RM2.37 juta.

9. Polis buka kertas siasatan wanita hina Islam di kelab

Polis telah membuka kertas siasatan susulan tindakan seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam yang tular di media sosial hari ini.

10. Banjir Baling: SPRM siasat projek musang king

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sekiranya terdapat unsur rasuah dalam projek tanaman durian musang king di Gunung Inas di Baling, Kedah selepas ia didakwa sebagai antara punca kejadian banjir dan fenomena kepala air.