ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Ogos 2022.

1. Hudud: Keutamaan pastikan kerajaan stabil, tunggu keadaan mengizinkan - Mohd Amar

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keutamaan Pas pada waktu ini adalah memastikan kerajaan yang ada di Malaysia kekal dan stabil. 

2. Permohonan baharu, sambungan perlombongan di Tasik Chini tidak akan dipertimbangkan

Sebarang permohonan baharu atau penyambungan surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) bagi tapak perlombongan dalam kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini tidak akan dipertimbangkan lagi berdasarkan dasar semasa. 

3. JPA nafi Ketua Pengarah keluar kata-kata kesat terhadap pegawai imigresen

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan Ketua Pengarahnya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang Pegawai Kanan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Rabu.

4. Skop kelayakan PerantiSiswa diperluas, agihan fasa pertama bermula bulan ini - Annuar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memperluaskan skop kelayakan pemberian tablet program PerantiSiswa kepada empat lagi kategori pelajar B40, tambahan kepada kategori sebelum ini. 

5. 'Sudah tiba masa Nauraj kembali berlatih di Malaysia'

Susulan prestasi kurang memberangsangkan jaguh lompat tinggi kebangsaan sejak kebelakangan ini, Nauraj Singh Randhawa yang menjalani latihan di Jerman, perlu pulang ke Malaysia sekiranya mahu kembali berada pada tahap sebenarnya.

6. 'Saya mengaku tipu kerajaan, rakyat Pulau Pinang' - Zarul Ahmad

Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd (CZBUCG) mengaku di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bahawa beliau berbohong dalam artikel sebuah portal media bertajuk ‘It was like someone putting a gun to our heads’ yang disiarkan pada Julai 2018 lalu.

7. Pelakon Ako Mustapha dikejarkan ke HKL, isteri mohon doakan suami

Pelakon Ako Mustapha dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan kini di rawat di bahagian kecemasan.

8. Gerakan Tanah Air dijangka bertanding 120 kerusi dalam PRU15 - Dr Mahathir

Gerakan Tanah Air dijangka bertanding di 120 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

9. Sah! Noh Hujan, Mizz Nina bercerai

"Selepas banyak berfikir dan membuat pertimbangan yang teliti, kami berdua bersetuju membawa haluan masing-masing." Kedua-dua mereka memuat naik pengumuman itu di akaun Instagram masing-masing.

10. Ia kesilapan yang tidak disengajakan - Rewcastle-Brown

Editor berusia 63 tahun yang memberi keterangan melalui persidangan video dari London itu berkata petikan itu adalah berdasarkan ingatannya.