ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Ogos 2022.

1. CEO LTAT sahkan pembinaan Kapal LCS sedang berjalan

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman mengesahkan menerusi Facebook, pembinaan fizikal Kapal Tempur Pesisir sedang dilaksanakan.

2. Benarkah juruterbang Amelia Earhart tidak 'singgah' di Taiping?

Berdekatan jalan menuju ke Hospital Taiping, terdapat sebuah bangunan yang terpampang jelas mural juruterbang Amerika Syarikat, Amelia Earhart.

3. Bot karam di perairan Redang, 5 nelayan termasuk tekong dikhuatiri lemas

Lima nelayan termasuk tekong dikhuatiri lemas manakala seorang lagi terselamat selepas bot dinaiki mereka karam kira-kira jam 10 malam pada Isnin.

4. Isu LCS: Pelancaran, penamaan kapal belum siap adalah tradisi TLDM - Ahmad Kamarulzaman

Beliau terpanggil untuk membetulkan persepsi negatif bagi melindungi maruah dan nama TLDM yang beliau sayangi.

5. Ainul Mardhiah 'ditidurkan' sekali lagi, keluarga tidak akan berputus asa

Keluarga kepada kanak-kanak yang menjadi perhatian negara, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, sekali lagi diuji.

6. Kecewa Putra sertai GTA, Hamidah umum keluar parti serta-merta

Hamidah berkata, beliau membuat keputusan itu kerana kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan parti menyertai Gabungan Tanah Air (GTA) yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad.

7. Jemaah Menteri mahu laporan audit forensik LCS dinyahklasifikasi - PM

Mesyuarat Jemaah Menteri telah mencadangkan supaya laporan pengauditan forensik projek kapal tempur persisir (LCS) yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan.

8. Lesen khas untuk p-hailing - Ka Siong

Satu lesen vokasional khas dicadangkan untuk diperkenalkan kepada penunggang perkhidmatan p-hailing selepas Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) diberi mandat untuk mengawal selia sektor tersebut.

9. Pasukan peguam baharu Najib akan tarik diri jika rayuan diteruskan pada 15 Ogos

Difahamkan, perkara itu dimaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan semasa pengurusan kes di hadapan mereka yang dijalankan secara dalam talian hari ini.

10. Provokasi punca penyokong Kelantan 'mengamuk'

Tindakan segelintir penyokong lawan yang membuat provokasi terhadap penyokong tuan rumah, Kelantan dipercayai menjadi punca berlakunya kekecohan pada aksi Liga Premier antara The Red Warriors (TRW) dengan Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, pada petang Rabu.