ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Ogos 2022.

1. KDNK: Tumbuh 8.9 peratus, diunjur terus berkembang tahun ini - Gabenor

Ini menjadikan pertumbuhan pada separuh pertama tahun ini adalah 6.9 peratus.

2. Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi diterbitkan hari ini

Inflasi yang dihadapi pada ketika ini telah menyebabkan tekanan perbelanjaan kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40.

3. Melaka larang pegawai beri kenyataan media memalukan negeri

Penjawat awam khususnya ketua jabatan di Melaka diberi amaran untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan umum yang boleh memalukan kerajaan negeri, termasuk kepada media.

4. Rayuan Najib dapatkan dokumen bank didengar 25 Okt

Mahkamah Rayuan menetapkan 25 Okt untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan dokumen bank melibatkan bank pelaburan Amerika Syarikat Goldman Sachs dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

5. Rampasan di rumah Najib: Bekas Pengarah JSJK Bukit Aman nafi dakwaan Raja Petra

Amar berkata tuduhan yang dilemparkan Raja Petra yang mendakwa terdapat wanita awam yang hadir di lokasi serbuan dan mengambil beg yang dirampas polis adalah sama sekali tidak berasas.

6. Sami mengaku tidak bersalah cabul doktor

Tindakan seorang sami cuba mencabul seorang doktor yang sedang memberi rawatan kepadanya membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

7. Jaringan keselamatan sosial pekerja p-hailing, e-hailing akan dibawa ke Kabinet - Saravanan

Beliau berkata untuk itu pihaknya akan bertemu dengan wakil kumpulan tersebut bagi mendapatkan input sebelum ia diumumkan.

8. Permohonan Clare kemuka persoalan undang-undang adalah pramatang - Mahkamah Tinggi

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, adalah terlalu awal untuk merujuk kes yang dihadapi wanita dari United Kingdom (UK) itu di Mahkamah Persekutuan.

9. 'Bumbung, palang melayang masuk rumah' - Johor Jaya dilanda ribut, banjir kilat

Susulan itu juga dianggarkan lebih 50 kediaman yang rata-rata berada di tingkat empat dan lima rumah pangsa Ros Merah turut dilimpahi air hujan.

10. Viral pukul pelajar tahfiz: Dua ditahan, tiga masih dikenal pasti

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, dua lelaki yang berusia 30-an itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis.