ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Ogos 2022.

1. Rayuan SRC: Najib lepaskan peguam cara Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi pelepasan kepada peguam caranya dalam rayuan utama berhubung dana penyelewengan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, Mahkamah Persekutuan dimaklumkan hari ini. 

2. Pengawal tiada di pondok punca kemalangan kereta api berlaku

Pengawal menjaga lintasan rata tiada di pondok punca berlakunya kemalangan kereta api dengan dua kenderaan lain di Jalan Lintas, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, pada petang Khamis.

3. Pas hasrat satukan parti politik Melayu sebelum PRU15

Pas mahu terus menjayakan Penyatuan Ummah dan memberi fokus memastikan agenda satu lawan satu dengan Pakatan Harapan (PH) dapat dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

4. Pensyarah, adik didenda RM807,475 serta penjara kerana salah guna kedudukan

Seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi awam dan adiknya masing-masing dihukum penjara tiga tahun serta denda RM807,475 seorang oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan kes salah guna kedudukan, pada tahun 2011.

5. Pemandu cedera, treler terbabas dan terjunam di Jalan Kuala Kangsar

Seorang pemandu treler cedera selepas kenderaan yang dipandunya terbabas di Kilometer 271.2 arah utara lalu terjunam ke jalan Persekutuan, Jalan Kuala Kangsar

6. Manusia punca hidupan liar pupus, bukan minyak sawit - KPPK

Aktiviti pemburuan menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan jumlah orang utan di Borneo sejak 200 tahun lepas, iaitu jauh sebelum bermulanya pembangunan minyak sawit sekitar 1970-an, menurut Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). 

7. Ugutan ke atas Ketua Hakim, ambil tindakan segera - AMK

Tindakan tentera siber upahan yang didakwa menyerang dan mengugut Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan institusi kehakiman perlu diambil tindakan segera.

8. Rayuan SRC: "Ada tiga hari lagi, takkan tak cukup masa?" - Tengku Maimun ingatkan peguam Najib

Untuk kesekian kalinya Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat enggan melayani permintaan ketua pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik untuk penangguhan rayuan utama bekas Perdana Menteri itu.

9. Dua beradik dari Sarawak sudah ada MyKad, tidak sabar kembali ke sekolah

Tiada lagi kegelisahan dapat dirasai buat dua adik beradik Illa Willy dan Ivy Willy untuk meneruskan persekolahan dengan dokumen yang sah.

10. Tun Mahathir saman Ahmad Zahid berhubung isu 'kutty'

Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu 'kutty' membabitkan bekas perdana menteri itu.