ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 September 2022.

1. Malaysia sertai dunia rakam takziah kepada Keluarga Diraja Britain

Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Keluarga Diraja Britain atas pemergian Ratu England, Ratu Elizabeth II awal hari ini.

2. Agong berkenan lancar Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi Baharu

Ia bersesuaian dengan perkembangan zaman dan berpandukan teras dalam ilmu tafsir serta tadabbur Al-Quran.

3. Sebanyak 797 kes dera pembantu rumah warga Indonesia dilapor sejak 2020 - Duta

Sebanyak 797 kes penderaan membabitkan pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan kepada Kedutaan Indonesia di Malaysia sejak 2020 hingga Jun 2022.

4. Najib tarik balik saman terhadap kerajaan, kekal saman terhadap Tommy Thomas

Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik saman terhadap kerajaan Malaysia berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa dengan mengemukakan pendakwaan terhadapnya dalam beberapa kes termasuk kesalahan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menuntut ganti rugi lebih RM1.9 juta.
 
5. Sudahlah tak dibayar gaji, sikit-sikit nak lempang - Pembantu rumah

Seorang pembantu rumah warga Indonesia, Wesi Wendi, 47, mendedahkan, sepanjang empat tahun bekerja dengan seorang doktor bergelar 'Datuk', dia bukan sahaja tidak dibayar gaji malah menjadi tempat majikannya melepaskan kemarahan dengan memukul dan melempang sesuka hati.

6. 'Memalukan!' - Pengunjung ditegur ambil bunga di Pesta Floria

Menerusi siaran yang dimuat naik di Facebook rasmi Royal Floria Putrajaya, pihak pengurusan menasihati orang awam agar tidak 'mencuri' pokok-pokok yang dijadikan pameran di pesta yang bertempat di Anjung Floria, Putrajaya itu.

7. Seludup diesel: Polis patahkan sindiket, rampasan bernilai lebih RM7 juta

Seramai tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan diesel di Pandamaran, Klang pada Selasa lalu.

8. Kes saman serangan seksual, Yusoff Rawther gagal batal tuntutan balas Anwar

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas pembantu penyelidik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther, untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas Presiden PKR itu.

9. Empat Sultan mewakili Tanah Melayu hadir ketika pertabalan Ratu Elizabeth II pada 1952

Mengimbas kembali lipatan sejarah Tanah Melayu, Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM), Azharuddin Mohamed Dali menceritakan tentang hubungan antara Ratu Elizabeth II dengan Tanah Melayu ketika baginda ditabalkan sebagai Raja Pemerintah pada tahun 1952.

10. Agong kongsi memori bersama Ratu Elizabeth II dan Raja Charles III

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berkongsi memori bersama pemerintah diraja Britain, Ratu Elizabeth II sewaktu baginda menuntut ilmu di England pada awal 1970 dan 1980-an.