ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 September 2022.

1. 'Uncle, bawa saya pergi' - Mangsa dera rayu diselamatkan

"Uncle, bawa saya pergi, saya tak nak balik ke sini lagi." Itu luahan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera semasa diselamatkan oleh penduduk di sebuah kondominium di Jalan Cahaya, di sini, pada Jumaat.

2. Polis Thailand lancar operasi besar-besaran kesan wanita diculik dari Kelantan

Polis Thailand menjalankan operasi besar-besaran bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan wanita yang diculik dari Tumpat, Kelantan sejak 13 September lepas.

3. Jamal Yunos rebah di program BN, kini dalam keadaan stabil

Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang rebah secara mengejut malam tadi dilaporkan dalam keadaan stabil.

4. PRU15 semasa banjir, Ahmad Zahid pentingkan diri - Charles Santiago

Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago menyifatkan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Barisan Nasional (BN) sanggup meredah banjir dan hujan lebat jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan tahun ini sebagai mementingkan diri.

5. Nelayan hilang akibat jatuh dari bot karam, ditemukan maut

Nelayan lelaki yang dilaporkan dikhuatiri hilang sejak semalam selepas terjatuh dari bot karam, di muara Sungai Bernam, Sungai Lipas, di sini, ditemukan maut hari ini.

6. PRU15: UMNO gerak solo, biar rakyat nilai - Idris

Keputusan UMNO untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak dilihat lebih mementingkan diri dari memelihara perpaduan dan menjaga kepentingan rakyat.

7. Keadilan untuk banduan berprofil tinggi Malaysia: Lima falsafah hukuman untuk dipertimbang

Terdapat lima falsafah asas hukuman yang dianggap popular oleh pakar kriminologi untuk menghukum banduan tanpa mengira status mereka di dalam masyarakat.

8. Bayangan jelas PRU15 diadakan tahun ini - Ahmad Maslan

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau yakin Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tahun ini yang hanya berbaki tiga bulan.

9. PRU15: Nurul Izzah harap tidak digugur jadi calon, kekal di Permatang Pauh

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, bagaimanapun beliau tetap menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kerusi mana yang bakal ditandinginya kelak.

10. Enam kertas siasatan kes amang seksual babit pendakwah selebriti dirujuk kepada TPR

PDRM telah merujuk enam kertas siasatan membabitkan seorang pendakwah selebriti berkaitan kes amang seksual kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya, Rabu lepas.