ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 September 2022.

1. Malaysia-China setuju tingkat kekerapan penerbangan

Kekerapan penerbangan antara Malaysia dan China akan ditingkatkan kepada 30 setiap minggu, iaitu penambahan 6.7% daripada jumlah penerbangan antara kedua-dua negara.

2. KJ buat lawatan mengejut, Klinik Kesihatan Dengkil dapat bangunan baharu

Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengadakan lawatan dan pemeriksaan mengejut ke Klinik Kesihatan Dengkil di Sepang, Selangor, hari ini.

3. Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di masjid, surau mulai 30 Sept - Jawi

Pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi diwajibkan.

4. Denggi: Kes meningkat 170.8 peratus di Ipoh - Datuk Bandar

Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan 371 kes dilaporkan sehingga 24 Sept lalu, iaitu minggu epid 38.

5. Ekonomi Malaysia di landasan kukuh dan stabil, walaupun diancam ketidakstabilan global - Tengku Zafrul

Kedudukan ekonomi Malaysia pada ketika ini berada di landasan yang kukuh dan stabil, walaupun diancam ketidakstabilan ekonomi global yang dicetuskan oleh ketegangan geopolitik dan faktor luar.

6. Bunuh kekasih demi kehormatan diri, remaja perempuan berdepan hukuman gantung

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, atas pertuduhan membunuh teman lelakinya, minggu lalu.

7. Kes Ebit Lew: MRM bantu wanita berkaitan kes seksual - Firdaus Wong

Pendakwah bebas, Firdaus Wong, dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketiga bagi perbicaraaan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

8. Deejay kenduri kahwin didakwa rogol anak tiri berusia 13 tahun

Seorang lelaki yang juga deejay kenduri kahwin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini atas tuduhan merogol anak tiri berusia 13 tahun, dua minggu lalu.

9. "Jangan risau, guru besar tidak akan kembali bertugas sebagai guru biasa" - Menteri Pendidikan

Guru besar sebagai pentadbir yang menyandang gred DG52 tidak akan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah seperti yang didakwa sebelum ini.

10. Kes culik: Ejen kosmetik berjaya diselamatkan, dibawa pulang hari ini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, hasil kerjasama erat dan perkongsian maklumat dengan polis Thailand, mangsa berjaya dijejaki dan telah dibawa pulang ke Malaysia hari ini.