ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Oktober 2022.

1. 261 mangsa sindiket penipuan kerja telah dibawa pulang

Jumlah terbaharu itu melibatkan 171 orang mangsa yang telah dibawa balik ke Malaysia dan baki seramai 90 orang masih menunggu proses penghantaran pulang.

2. Penarafan keselamatan udara Malaysia dikembalikan kepada kategori 1

Penarafan keselamatan udara Kategori 1 bermakna pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia mematuhi piawaian keselamatan ICAO.

3. KSM lulus 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing sehingga 26 Sept

Keperluan guna tenaga pekerja warga asing di Malaysia adalah dalam lingkungan 1.8 juta dan merupakan jumlah maksima yang pernah dicapai.

4. Polis siasat kejadian individu tidak dikenali lepas tembakan di Sitiawan

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kira-kira jam 1.07 petang, pihak polis Manjung telah menerima panggilan daripada seorang lelaki mengenai kejadian itu di hadapan rumah rakannya.

5. Tragedi ulang-alik beri makan kucing, warga emas maut kemalangan

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Abd Rahim Hussin, 74, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala selepas motosikalnya berlanggar dengan sebuah motosikal lain.

6. UMNO jangan angkuh, rakyat akan ajar anda semua sekali lagi - Syed Saddiq

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu dalam kenyataan terbaharu di akaun Facebook pada Jumaat berkata UMNO masih tidak belajar daripada apa yang berlaku pada tahun sebelum ini.

7. Isu Tommy Thomas: Kertas siasatan diperkemas, dirujuk semula kepada Peguam Negara - Polis

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata Polis Diraja Malaysia PDRM juga telah selesai mengambil keterangan Thomas.

8. UMNO kalah teruk jika hadapi PRU15 tanpa persediaan - Ku Li

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menganggap tindakan MKT UMNO yang menggesa PRU15 secepat mungkin, seolah-olah 'menempah maut' sekiranya jentera parti tiada persediaan rapi.

9. Pihak berkuasa siasat punca pelancong jatuh sakit di Perhentian - MOTAC

Agensi bertanggungjawab telah dan sedang mengambil tindakan bagi mengenal pasti punca berlakunya kejadian sekumpulan pelancong mengalami gejala pening, muntah serta demam selepas pulang dari bercuti di Pulau Perhentian Kecil di Besut.

10. JDT rangkul kejuaraan Liga Super kali kesembilan berturut-turut

Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan buat kali kesembilan berturut-turut susulan merekodkan kemenangan 5-0 membenam Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Idris, sebentar tadi.