ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Oktober 2022.


1. PRU15: DUN Perak bubar

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menjadi negeri ketiga dibubarkan selepas DUN Pahang dan DUN Perlis hari ini. 



2. Cadangan tutup pejabat UNHCR, terpulang kepada Malaysia - AS

Amerika Syarikat (AS) menyerahkan kepada kerajaan Malaysia untuk membuat keputusan berhubung cadangan menutup pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini.

 
3. Pagar kediaman rasmi MB Kedah disimbah cat

Pagar kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon yang terletak di Jalan Anak Bukit, Pantai Johor disimbah dengan cat berwarna biru dan merah pada pagi ini.


4. Data keberkesanan, keselamatan penggunaan kanabis sedang disemak - Khairy

Institusi Penyelidikan Klinikal dan pakar perubatan sedang menyemak data dari luar negara berhubung keberkesanan dan keselamatan penggunaan kanabis untuk gejala-gejala tertentu.


5. #SuaraMalaysia: 90.2% responden percaya mereka 'Bos' dalam PRU15

Sehingga pukul 7 malam tadi, sejumlah 90.2 peratus daripada keseluruhan responden Astro AWANI percaya mereka adalah ‘Bos’ dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.


6. Azhar tidak hasrat tanding PRU15

Penyandang Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun tidak berhasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU15).


7. Jho Low, bapa dijatuhi hukuman penjara kerana menghina mahkamah

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng dijatuhi hukuman penjara kerana melanggar pembekuan aset atau perintah injunksi Mareva yang dikeluarkan mahkamah pada Mac dan April tahun ini yang memerlukan mereka mendedahkan lokasi keberadaan dan aset mereka.


8. Isu Cikgu Mohd Fadli: Keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan esok

Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang hari ini berhubung isu Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh sudah membuat keputusan dan akan memaklumkannya kepada guru terbabit esok.


9. Bubar Parlimen: "Kalau tak setuju, saya boleh pecat semua menteri" - Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengulangi kenyataan bahawa keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) menunjukkan sikap tidak wajar dengan mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat bantahan.


10. PRU15: 'Buku Tommy Thomas, pengampunan Anwar perlu jadi peluru hentam pembangkang' - Ismail Sabri

Laporan siasatan ke atas dakwaan buku bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’ tulisan Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang telah dinyahklasfikasikan harus dijadikan ‘peluru’ Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).