ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Oktober 2022.

1. PRU15: Untuk bentuk kerajaan gabungan, terus-terang itu penting - Nurul Izzah

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak menolak kemungkinan terbentuknya kerajaan gabungan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

2. 15 tahun hidu bau busuk, penduduk 'terpenjara' di rumah sendiri

Kira-kira 7,000 penduduk di sekitar Sungai Udang, di sini membantah cadangan memperluas Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang yang merupakan satu-satunya tapak pelupusan sampah di negeri Melaka.

3. Dakwaan Mossad rekrut warga Malaysia bukan isu politik - Hamzah

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, parti politik tidak patut dipersalahkan jika ada ahli mereka terlibat dalam kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. 

4. PRU15: 'Bila tiba masanya, durian pun jadi tempoyak', balas Abdul Hadi kepada Zahid

Perang mulut antara dua presiden parti Melayu Islam terbesar negara ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari Pas dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari UMNO semakin hangat, selari dengan kerancakan musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

5. Agenda literasi digital hanya jadi kenyataan jika saya jadi PM semula - Ismail Sabri

Agenda literasi digital hanya mampu ditingkatkan dan menjadi kenyataan jika rakyat memilihnya dan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

6. PRU15: Kerusi 'katak' Parlimen Nibong Tebal, Tasek Gelugor bakal jadi tumpuan di P. Pinang

di Pulau Pinang mempunyai sedikit 'keunikan' mengenai hubungan federalisme antara kerajaan negeri dan Pakatan Harapan (PH) apabila memperlihatkan ketidakseragaman dalam kalangan gabungan parti itu.

7. 10 lagi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan dibawa pulang

Seramai 10 lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke tanah air semalam.

8. PRU15: 'Kami orang Terengganu sedia mengundi walau musim tengkujuh' - Pengundi

Sungguhpun tarikh pengundian jatuh pada ketika musim tengkujuh diramal berlaku, namun pengundi di Terengganu bersedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka walau apa jua situasi yang bakal berlaku kelak.

9. PRU15: Calon baharu, bersih dan berintegriti kunci kemenangan parti politik - Penganalisis

Majoriti pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini mahukan calon-calon yang baharu, mempunyai keperibadian yang bersih, serta tahap integriti yang tinggi, kata Prof Ahmad Martadha Mohamed.

10. PRU15: Pas akan bertanding di lebih 60 kerusi Parlimen di seluruh negara

Parti Islam Se-Malaysia (Pas) mengesahkan akan bertanding di lebih 60 kerusi Parlimen di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).