ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Oktober 2022.


1. PRU15: 'Kerusi dia pun belum tentu' - Anwar sindir Latiff isu calon PM

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang mendakwa kononnya beliau tidak layak untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.



2. Langkah Kajang, Port Dickson adalah pengkhianatan sebenar - Azmin Ali

Peletakan jawatan oleh wakil rakyat Kajang dan Port Dickson untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebenar-benar pengkhianatan, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


3. PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman disahkan bertanding di kerusi Parlimen P89 Bentong dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


4. Helikopter terhempas di Cameron Highlands, semua mangsa ditemui selamat

Sebuah helikopter yang dilaporkan terhempas di dalam hutan sempadan Perak-Pahang berhampiran De Garden Enterprise, Cameron Highlands tengah hari tadi, sudah ditemui dengan semua mangsa dilaporkan selamat.


5. 30 kru filem terperangkap dalam Gua Tempurung

Sekurang-kurangnya 30 individu dilaporkan terperangkap dalam Gua Tempurung dekat Kampung Gunung Mesah di sini selepas laluan keluar gua itu dinaiki air disebabkan hujan lebat pada Rabu.


6. PRU15: Nik Omar Nik Abdul Aziz bertanding di Perak, bawah kuota PKR - Anwar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sah akan meletakkan Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai salah seorang calon di bawah kuota parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


7. Terdesak bayar hutang 'Ah Long', lelaki bakar mesin ATM untuk curi wang

Akibat terdesak berhutang dengan sindiket peminjam wang 'Ah Long' seorang lelaki tekad mencuri wang dengan membakar mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Wangsa Melawati, ibu negara, pada Isnin.


8. Lokman Adam kekal dipenjara sebulan hina mahkamah berkaitan kes 1MDB

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, kekal dipenjara sebulan selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


9. #SuaraMalaysia: Apa khabar YB? 72 peratus mahu muka baharu

Berdasarkan keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Rabu, 5,865 responden telah mengikuti kaji selidik ini, dan majoriti iaitu seramai 72 peratus menyatakan mereka mahu YB atau wakil rakyat muka baharu.


10. PRU15: Wong Tack bertanding Bebas di Bentong selepas digugur oleh DAP sebagai calon

Penyandang kerusi Parlimen Bentong, Wong Tack hari ini mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas di kawasan selepas digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) oleh pucuk pimpinan DAP.