ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 November 2022.

1. BN akan ketinggalan jika tidak buat perubahan sekarang - Zahid

UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan ketinggalan kepada parti-parti pesaing jika tidak melakukan perubahan terutama soal calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

2. Ustaz Kazim tarik diri calon BN Parlimen Larut

Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Larut.

3. 'Steadylah bos, jangan merajuk' - Shahidan diminta berlapang dada, tidak boikot BN

Penyandang kerusi Parlimen Arau yang juga Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Shahidan Kassim diingatkan agar tidak merajuk dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti yang tidak mencalonkan beliau di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

4. PRU15: BN Perak yakin calon ganti Ustaz Kazim mampu rampas semula Parlimen 

Calon yang mengisi tempat itu ialah Mohd Shafiq Fhadly Mahmud, 37, yang merupakan Ketua Koordinator Komunikasi BN merangkap Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut,.

5. PRU15: 'Bukan mudah bawa aura ayahanda, saya berikan yang terbaik' - Nizar

Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak, iaitu Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menyifatkan pencalonannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Peramu Jaya merupakan satu tanggungjawab berat untuk dipikul demi rakyat.

6.PH umum 10 tawaran jika menang PRU15 

Tawaran itu juga bermatlamat menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh melalui pertumbuhan ekonomi, memulihkan keyakinan umum menerusi pentadbiran beramanah serta menyediakan negara untuk mendepani pelbagai cabaran masa depan.

7. Prosiding bela diri Ahmad Zahid sambung tahun depan

Prosiding bela diri kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersambung Januari tahun depan.

8. PRU15: Khairy mampu menang di Sungai Buloh - MIC 

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, Khairy adalah calon yang boleh menarik minat pengundi dalam kalangan Melayu bandar, untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

9. Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek bangunan empat tingkat bernilai RM170 juta itu adalah salah satu inisiatif Keluarga Malaysia.

10. Rafizi Ramli jadi calon pertama isytihar harta, nilai aset RM18.85 juta

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya sebagai sebahagian daripada syarat yang ditetapkan kepada semua calon yang bertanding atas tiket PKR.